Beribadah di angkasa lepas. Apa kata Jakim

Tentu ramai yang masih muskil bagaimana bakal angkasawan kita akan beribadah di angkasa lepas. Hal ini mendapat liputan didalam beberapa laman web dan blog. Kini, Jakim telah mengeluarkan panduan untuk menjelaskan hal ini. Klik sini untuk keterangan selanjutnya.

PELAKSANAAN IBADAH DI ISS

3.Pelaksanaan ibadah di ISS merangkumi perkara berikut:

3.1 Cara Beristinja’

Beristinja’ adalah dengan menggunakan tisu yang digunapakai di
ISS.
Syarat-syarat beristinja’ seperti berikut:
i. Bahan yang digunakan untuk beristinja’ sesuatu yang suci,
bukan najis dan bukan bahan yang dihormati.
ii. Bahan yang kering.
iii. Bahan yang kesat.
iv. Bahan yang digunakan tidak kurang daripada tiga seperti
tiga biji batu.
v. Najis yang keluar belum kering.
vi. Najis yang keluar tidak melewati kawasan laluannya.

3.2 Mengangkat Hadas

i. Mengangkat Hadas Kecil
Mengangkat hadas kecil adalah dengan bertayammum
secara menepuk ISS seperti dinding, cermin dan sebagainya
(walaupun tiada debu).
ii. Mengangkat Hadas Besar
Mengangkat hadas besar adalah dengan cara yang sama di
Para 3.2(i).

3.3 Penentuan Qiblat

Penentuan qiblat adalah mengikut kemampuan berdasarkan
urutan berikut:
i. Kaabah
ii. Unjuran Kaabah
iii. Bumi
iv. Mana-mana arah.

3.4 Penentuan Waktu Solat

Lima waktu solat dalam tempoh 24 jam (1 hari di bumi)
menggunapakai waktu solat tempat berlepas1 angkasawan.

3.5 Cara Menunaikan Solat

i. Solat boleh ditunaikan secara jama’ dan qasar dan tidak
perlu diqada’.
ii. Pelaksanaan rukun fi’li (perbuatan) solat adalah dengan
mengikat diri angkasawan mengikut kesesuaian keadaan di
ISS berdasarkan urutan berikut:
a. Jika tidak berupaya berdiri tegak, hendaklah berdiri
secara membongkok.
b. Jika tidak berupaya berdiri, hendaklah secara duduk.
Seseorang boleh melakukan ruku’ dengan dahinya
setentang lutut atau yang lebih utama setentang
dengan tempat sujud.
c. Jika tidak berupaya duduk, hendaklah secara
berbaring mengiring di atas lambung kanan dan
bahagian tubuh menghadap qiblat.
d. Jika tidak berupaya baring, hendaklah secara
menelentang.
e. Jika tidak berupaya menelentang, hendaklah secara
isyarat mata bagi setiap pergerakan solat.
f. Jika tidak berupaya juga, hendaklah dengan hati iaitu
menggambarkan dirinya berdiri, ruku’, sujud dan
seterusnya.
iii. Pelaksanaan rukun qawli (perkataan) solat adalah sama
seperti di bumi.

3.6 Cara Menunaikan Puasa

i. Puasa boleh ditunaikan samada di ISS atau di bumi secara
qada’ sekiranya melibatkan bulan Ramadhan.
ii. Penentuan waktu puasa adalah menggunapakai waktu
puasa tempat berlepas angkasawan.
1 Dengan penyesuaian untuk kawasan melebihi latitud 45ยบ Utara mengikut
buku Kaedah Panduan Falak Syarie terbitan JAKIM.

3.7 Pengurusan Jenazah

i. Jenazah perlu dibawa balik ke bumi untuk pengurusan
seperti biasa.
ii. Sekiranya jenazah tidak boleh dibawa balik, maka
diharuskan menyemadikannya di angkasa dengan
pengurusan jenazah secara yang ringkas.

1 comment:

Anonymous said...

http://scarpe-hogan.webs.com/apps/blog/
http://hogan0scarpe.webs.com/apps/blog/
http://nicehogan.webs.com/apps/blog/
http://thebesthogan.webs.com/apps/blog/
http://sharehoganshoes.webs.com/apps/blog/

ads