Korang ada baca pasal isu PPSMI?
Pada pendapat aku, suka tidak suka bahasa inggeris masih lagi bahasa ilmu, terutamanya dalam bidang teknologi dan sains. Tidak ada bezanya, sekiranya kita mahu mendalami Agama Islam, kita mesti faham bahasa Arab terlebih dahulu, kerana ia bahasa Al-Quran. Boleh ke kita jadi mufti kalau belajar agama dalam bahasa Melayu & dari guru Melayu semata-mata?
Dan kalau kita nak anak kita jadi alim ulamak, tentu kita nak mereka belajar bahasa Arab dari mereke kecil. Setuju?
Aku melayu. Aku pun belajar TESL, aku suka lagu inggeris, aku suka tenguk filem inggeris dan beli majalah dengan surat kabo inggeris. korang tengok ade aku nampak cam mat salleh? Kulit hitam, cakap still macam orang Joho.
Aku masih salam orang tua, beri salam tiap nak masok rumah. Aku masih makan pakai tangan, makan nasi dengan kicap & sambal belacan. Aku masih makan tempe. Baru semalam aku tapau tempe goreng 2 hengget, makan dengan anak aku dalam kereta. Fastfood2 omputeh ni bukan selera aku.
Tapi aku masih baca buku sastera melayu. Aku suka pantun, penulis2 asas 50, mereka memang yang terbaik. Begitu juga sastera indonesia. Aku suka pak sako, usman awang, a samad said, hanya menyebut beberapa nama.
Anak-anak aku pun aku ajar salam atok-atok dia bila jumpa. Beri salam, cakap terima kasih kalau orang kasi apa-apa. Tapi aku dedahkan juga bahan-bahan bacaan & kadang-kala bercakap dalam bahasa inggeris pada diorang.
Apa berdosa ke kalau belajar dalam bahasa inggeris? Tak bagus ke kalau anak-anak kita pandai bahasa lain selain bahasa ibunda mereka? Kalau org cina dan india paling tidak mereka pandai 2 bahasa, bahasa ibunda dengan bahasa melayu. Kita? Kenapa tiba-tiba nak overly protective tentang bahasa walhal aku tenguk dalam bab lain dengan terbuka je terima budaya luar. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Tapi bab patriotik membabi buta ni aku tak berapa setuju. Pikir-pikir la sendiri.
11 comments:
fuck arabs! org paling jahat dlm dunia is arabs. y? pasal kaabah kat sebelah rumah diorg jer. buat jahat hari ni, besok gi mintak ampun. lusa buat jahat balik. tulat gi mintak ampun. no problem wat. tuhan kan maha pengampun.
Bagi aku senang saja nak lawan isu ni. Buat kamus untuk sains dan matematik. Jadikan kamus tu buku teks percuma. Kerajaan tanggung.Semua pelajar dapat sorang satu. Kalau mak-bapak budak tu tak reti bahasa inggeris ke, buta ke, bisu ke, pekak ke, budak tu masih boleh belajar di rumah.Takkan ada alasan lagi dah.
http://gapodio.blogspot.com/
Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat anda. Kalau hendak mengikut ke-Inggeris-an, saya rasa tahap Inggeris saya lebih tinggi daripada anda. English is like a first language to me at home. Tetapi saya tetap menentang PPSMI kerana ia adalah suatu cadangan yang bodoh dan tidak masuk akal sama-sekali.
Mengenai Bahasa Inggeris sebagai "bahasa ilmu", tanggapan itu hanya dipakai oleh mereka yang mendokong nilai-nilai Anglo-Saxon sahaja. Bagaimana dengan Bahasa Jepun? Adakah ia bukan "bahasa ilmu"? Nah, bagaimana dengan Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis di mana sumber-sumber orientalisnya masih kekal di dalam bahasa tersebut dan BELUM LAGI diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris? Apa lebihnya Bahasa Inggeris dan apa kurangnya bahasa-bahasa yang saya sebutkan kalau dibandingkan dengannya? Kalau betul hujah "bahasa ilmu" ini, mari kita membuat kelas-kelas Bahasa Jerman, Perancis dan Jepun!
- MENJ
P.S. Mengenai Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, itu memang benar tetapi adakah anda mempelajari asas-asas tauhid, akidah dan ibadah dalam 100% Bahasa Arab? Bukankah semasa mengaji, kita diajar "ALIF DI ATAS AA, ALIF DI BAWAH EE, ALIF DI DEPAN UU" dan bukannya "ALIF FATHAH AA, ALIF DHAMMAH EE, ALIF KASRAH UU"?
Thank you
Kelak nanti apabila bangsa kita sudah maju dan menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu, insyaAllah dengan sendirinya bahasa kita juga akan terdaulat. Pada waktu itu bangsa-bangsa luar pun akan belajar bahasa kita untuk menuntut ilmu dalam bahagian-bahagian yang kita kuasai.
Suatu masa dahulu bangsa Arab mendahului dalam bidang sains dan teknologi, dengan tokoh-tokoh ilmuwan Islam agung yang mana umat Islam hari ini hanya mampu mengenang tanpa mewarisi. Pada waktu itu Eropah masih dalam zaman gelap. Penuntut-penuntut Eropah zaman itu mempelajari bahasa Arab supaya senang mereka mempelajari ilmu-ilmu sains dan matematik dalam bahasa Arab. Tiadalah pula orang-orang Eropah kecoh mendebatkan apa akan jadi dengan bahasa Inggeris atau Perancis atau Jerman mahupun Sepanyol, hanya kerana terpaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa Arab. Lihat hari ini, pupuskah bahasa mereka? Tidak! Bahkan menjadi lingua franca utama dunia. Ini kerana bangsa Eropah telah muncul sebagai peneraju dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Terbalik pula jadinya dengan bahasa Arab yang makin terhad penggunaannya kepada negara-negara Arab dan umat Islam sahaja. Ini berlaku semenjak bangsa Arab dilanda anasir-anasir kejumudan dan puritanisme yang menghakis kegemilangan budaya ilmu mereka.
Jepun juga sama sejarahnya. Bangsa Jepun menuntut dalam bahasa Inggeris ketika zaman pemodenan Meiji dalam pertengahan abad ke-19. Lihat saja betapa bangsa Jepun bergantung penuh terhadap bahasa Inggeris selama lebih 100 tahun sehingga mereka sendiri muncul sebagai peneraju ilmu yang menyaingi Barat sekaligus mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai lingua franca. Itu pun, Jepun tetap tidak pernah sesekali mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris untuk mereka terus bersaing di peringkat antarabangsa. Bayangkanlah jika pada abad ke-19 dahulu orang Jepun menentang pembelajaran dalam bahasa Inggeris seumpama orang Malaysia hari ini membuta tuli menentang PPSMI…? Mana mungkin dunia akan mengenal Jepun seperti yang dikenali sekarang?
salam...
ditelan dan dibuang...
itu ke perjuangan...
aku bukan 100% tak bersetuju dengan apa yang kau cakap jiji...
atleast you speak fo yurself...
dan ada pendirian...
bagi aku yang sememangnya bukan ahli sains dan matematik mahupun mempunyai tahap tinggi dalam berkata kata dalam bahasa inggeris.
PPSMI adalah rencana mereka mereka yang ingin melupuskan bahasa melayu kita pada peringkat awal dalam perancangan yang paling teliti dan halus.
Bahasa ibunda kita adalah bahasa melayu dan bahasa ibunda juga menjadi perantaraan pendidikan awal anak anak yang bakal menjadi pemimpin negara.
Jika kita tidak nampak apa akan jadi kepada institusi pendidikan awal negara kita sekarang ini, jangan bila dah hilang baru nak gelabah.
Pandang dan kaji rencana penjajahan bahasa dan perjuangan orang bahasa kita mempertahankan bahasa ibunda.
MENJ, lu memang hebat.
pandangan saudara kurang mencerminkan keperluan BI dalam Matematik dan sains sepertimana pandangan dan kajian yang dilakukan oleh TIMMS International report 2007 dan GMP (sila rujuk hujah mereka dalam buku Mengapa Kami Bantah PPSMI (keluaran PTS).
bagi saya golongan PPSMI seperti PAGE,Hishammuddin,Rockybru dan Aina Samad ni bercakap tanpa mengeluarkan Kajian yang teliti.
6 tahun, rundingan bulat.Tapi apa hasilnya?Ada ke kementerian keluarkan laporan lengkap seperti GMP?Saya merupakan bekas Graduan UIA.Dan saya merasakan sistem di UIA antara yang terbaik dalam memberikan pelajar kemahiran berbahasa inggeris.Bukannya kami masuk uia terus ambil subjek.
tapi terpaksa mengikuti kelas bahasa inggeris di Matrikulasi sebelum ambil subjek.Kalau saudara baca laporan GMP, nescaya saudara tentu tahu kenapa mereka ini begitu membantah.
Saya amat membantah PPSMI. Saya akan membantah sampai keliang lahat sehinggalah PPSMI diRENTAP dari sistem pembelajaran kita. PPSMI diHENTAK secara tergesa-gesa tanpa kajian dan dibuat secara 'kukubesi'. Saya amat hairan kenapa masih ada orang melayu menyokong dasar PPSMI dan juga amat hairan bagaimana dasar boleh bercanggah dan mengatasi perlembagaan. Tahukah anda disekolah jenis kebangsaan, sains & matematik diajar dlm 2 bahasa. Mereka ada 2 buku teks berlainan bahasa yang isi kandungannya sama. Satu dalam bahasa cina & satu lagi dlm bahasa inggeris. Berbeza dgn SK yang telah melupuskan sama sekali buku teks sains & matematik dlm bahasa melayu. Guru mereka boleh mengajar mana-mana bahasa. Berbeza dgn guru sekolah kebangsaan yang amat takut menyebut perkataan dlm bahasa melayu ketika mengajar matematik & sains. Saya bersetuju dgn rozinorazali. PPSMI adalah rencana mereka-mereka yang ingin melupuskan bahasa melayu kita daripada peringkat awal dalam
perancangan yang paling teliti dan halus. Sebenarnya dulu bukan PPSMI tetapi dipanggil SISITEM PELAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS. Sains & matematik adalah 2 matapelajaran permulaan sahaja sebelum dilaksanakan kepada semua mata pelajaran lain. Sebab itu segala keputusan dan pemarkahan dimanipulasi supaya kelihatan cantik dan akan melembutkan hati orang melayu supaya dapat menerima dasar ini dan senanglah dilaksanakan
kepada semua matapelajaran. Bagi orang cina, bahasa inggeris atau melayu sama sahaja.
Keduanya bukan bahasa mereka. Kitalah orang melayu yang perlu menentang PPSMI tanpa perlu
menunggu mereka menyokong kita. Mereka ada agenda mereka. Mereka lebih agresif untuk
memertabatkan pendidikan cina atas alasan untuk memenuhi permintaan pasaran China
(malaysiakini 30/3/09). Sudahlah negara kucar-lana, air dikongsi, tanah ditumpangi, ini pula
bahasa hendak dirobek dari kita. Bahasa menunjukkan bangsa, tanpa mendaulatkan dan
menjadikan bahasa melayu itu bahasa penting dan bahasa ilmu (sekurang-kurangnya ditanah
semenanjung yang dikasihi ini) kita ibarat melayu yang sedang mengidap kanser, hanya
menunggu maut menjemput. Tidak malu balik kepangkal jalan daripada kita terus meredah onak
dan duri dijalan yang sesat. Jangan jadikan generasi kita ujian kerana selama ini matematik
& sains dalam bahasa melayu tidak menghalang rakyat Malaysia belajar dan fasih berbahasa
inggeris, macam tuan-tuan sekelian yang bijaksana.
Kpd penyokong ppsmi...
Produk dan Proses Pendidikan Negara.
Apabila keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan oleh Kementerian Pelajaran, kedengaranlah angka-angka statistik yang menghuraikan betapa
kita telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR walaupun pelajar-pelajar
‘terpaksa’ melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI). Nampaknya ’sistem pelajaran’ kita pada hari ini masih lagi
bersifat sempit kerana hanya mementingkan produk akibat sistem pelajaran sahaja dan
kurang mengambilkira proses pendidikan itu sendiri. Dan sudah tentu produk pendidikan
yang hakiki ialah the complete man serta prosesnya pula ialah kesepaduan penyampaian
kandungan kurikulum disekalikan dengan penerapan adab dan nilai. Saya menggunakan
istilah sistem pelajaran dan bukannya sistem pendidikan kerana kita begitu berminat
dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang menunjukkan keputusan peperiksaan yang
cemerlang lantas pelajar yang kurang bernasib baik sama ada disebabkan oleh
pelaksanaan dasar PPSMI ataupun disebabkan oleh semakin lebarnya jurang pendidikan
di antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar, kewujudan mereka dalam sistem
persekolahan kita seoalah-olah dinafikan. Senyuman-senyuman daripada pihak tertentu
yang membayangkan kepada kita bahawa dasar PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003
dahulu telah diperkukuhkan untuk diteruskan survivalnya. Kadang-kadang senyumansenyuman
itu nampaknya agak sinis tetapi intepretasi daripada senyuman itu mungkin
sukar untuk difahami. Mungkin sebahagian daripada kita akan mengatakan bahawa
kenapakah kita perlu mengambil tahu pelajar-pelajar yang malas dan tidak pandai dalam
pelajaran kerana semestinya mereka itu sudah begitu nasibnya. Apabila Kementerian
Pelajaran dengan senyumnya mengumumkan bahawa angka itu dan angka ini semakin
meningkat magnitudnya dan lantas menyimpulkan bahawa dasar PPSMI dirasakan tidak
gagal, apakah nasib sebahagian besar daripada pelajar yang sememangnya mempunyai
bukan sahaja potential untuk berjaya tetapi sememangnya ya. ‘Pelajar yang tidak
menunjukkan pencapaian yang baik perlu faham bahawa mereka tidak akan mendapat
liputan’ dan persoalan yang ingin ditimbulkan ialah mungkinkah hal tersebut berlaku
kerana mereka akan menjejaskan survival dasar PPSMI? Saya berpendirian bahawa
walaupun dasar PPSMI dinggap tidak membantutkan pencapaian pelajar dalam UPSR
dengan sokongan angka itu dan angka ini, hal yang ditentang ialah kewujudan double
standard yang jelas dalam proses memartabatkan bahasa Kebangsaan. Salah satu teras
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu masih kurang diambil
perhatian berbanding aspek-aspek yang lain ialah aspek memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan. Semakin hari semakin kedengaran pelbagai pihak yang
seolah-olah mencabar kewibawaan bahasa Kebangsaan dan suatu hal yang menyedihkan
ialah pihak-pihak tertentu telah mencalar the dignity of National Language secara terangterangan.
Mungkinkah aspek memperkasa bahasa Kebangsaan yang telah digariskan
dalam PIPP hanyalah merupakan suatu yang hanya tersurat di atas kertas putih sematamata
dalam mengalihkan tumpuan kebanyakan ahli akademik dan juga masyarakat
daripada menggesa supaya dasar PPSMI dimansuhkan dengan segera. Saya sungguh
berharap dengan kerajaan majoriti yang saya pilih supaya tidak berkompromi dengan
mana-mana pihak dalam usaha kita untuk memperkasa bahasa Kebangsaan. Dasar
tersebut mesti dimansuhkan dengan segera kerana angka-angka statistik yang digembargemburkan
hanyalah memberi fokus kepada pelajar-pelajar elit tetapi dipercayai bahawa
sebahagian besar populasi pelajar yang tidak mendapat faedah daripada dasar-dasar
tersebut. Kita memahami tujuan dasar PPSMI iaitu untuk membantu pelajar menangani
ledakan zaman sains, teknologi dan maklumat tetapi tidak perlulah diinggeriskan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Banyak lagi cara lain yang boleh
digunakan in order to enhance the capability of students so that they are able to master
English Language. Dasar tersebut bukan sahaja dibimbangi mempercepat proses untuk
melemahkan bahasa Melayu tetapi suatu lagi hal yang mungkin sedang berlaku iaitu
kenegatifan minat dan sikap terhadap Sains dan Matematik yang sememangnya kritikal
dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju beracuan sendiri menjelang 2020.
Mengapa tidak segala kepakaran pegawai-pegawai yang mendapat kelulusan dari negeri
‘orang putih’ digunakan untuk mengarahkan sistem pendidikan supaya terarah kepada
sistem pendidikan yang hakiki iaitu proses penyampaian ilmu akal disekalikan dengan
proses penerapan adab dan nilai kerana kita dapat lihat dan dengar bahawa moral dan
akhlak pelajar kita pada hari ini semakin merudum. Kita tidak mahu suatu hari pelajar
kita begitu cemerlang dalam pelajaran tetapi proses itu hanya menghasilkan skilled
barbarians sahaja dan bukannya melahirkan the complete man.
(Janganlah jadi, bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut)
Aku sokong PPPSMI 200% coz aku dapat elaun RM250 permonth. HIDUP PPPSMI.
jadi ko bangga la dengan apa yang ko ada?? setakat makan pakai tgn tu ko mengaku melayu la?? ko ni memenag manusia yang tak ada wawasan la...langsung tak ada patriotik dan rasa cinta dengan keturunan dan bangsa sendiri...pegi mati la ko ,,,,,just like are shit!!!!
Post a Comment