Decma & The CouldHaveBeen.

Technorati Tags:

decma and thecouldhavebeen
Decma & The CouldHaveBeen berjaya mencipta identiti mereka sendiri dengan membawa elemen tradisional, seperti gambus di dalam muzik mereka dengan berkesan. Ia merupakan keunikan yang memecah klise kugiran pop dan rock yang sering bergantung kepada alat muzik konvensional seperti gitar dan bass untuk berkarya. Menurut mereka, “Dengan adanya gambus dan perkusi dalam susunan melodi, pada kami ini hanya titik permulaan untuk mengetengahkan kelainan dan kami akan sentiasa memperkembangkan kelainan dalam lagu-lagu kami.” ( Interview klassik dari Sireh & Cengkeh)

Ikuti temubual kami bersama Decma and TCHB. Terima kasih kepada saudara Adib.

Q. Manja sungguh suara sang vokalis. Ada pergi kelas vokal ke?
A.Sebenarnya,decma tidak pernah ada kelas vokal, decma belajar vokal berdasarkan minat dan pendekatan sendiri terhadap pengaruh artis yang pelbagai. Ada terfikir untuk belajar vokal secara teknikal tetapi disebabkan masih sibuk memberi perhatian kepada pembelajaran, berlatih menyanyi depan cerminlah jawabnya.

Q.Apa sebenarnya konsep dan pendekatan anda semasa membuat sesebuah lagu?
A.Kami membuat lagu secara bebas, tiada spesifik pendekatan. Kalau boleh,kami ingin mencuba pelbagai konsep dan pendekatan kerana pada kami, muzik tiada sempadan. Idea yang dapat dihasilkan akan kami cuba untuk sampaikan kepada pendengar dengan pelbagai cara sekalipun. Walau bagaimanapun, kami akan tetap berpegang dengan genre asas kami iaitu easy listening dan cuba untuk menyampaikan muzik tersebut dengan cara kami tersendiri. Dengan adanya gambus dan perkusi dalam susunan melodi, pada kami ini hanya titik permulaan untuk mengetengahkan kelainan dan kami akan sentiasa memperkembangkan kelainan dalam lagu-lagu kami.

decma and thecouldhavebeen
Q.Boleh ceritakan sedikit sejarah dan latar belakang kugiran ini?
A.Bermula dengan projek membuat lagu secara sambilan, kumpulan dengan nama asal TheCouldHaveBeen dari Johor Bahru ini akhirnya berjaya bertemu jodoh dengan Decma, seorang peminat muzik dan hobinya adalah menyanyi! Decma juga membuat lagu-lagunya sendiri yang akan dimuatkan pada penerbitan akan datang. Kami telah menghabiskan masa bersama dan menerbitkan e.p pertama kami sendiri -5 buah lagu ‘Prologue of us’ pada pertengahan 2006. Penjualan 2000kpg CD e.p tersebut bermula pada April 2007 sehingga kini. Untuk rekod, kami pernah menyertai kompilasi album ‘Mark of Existence’ oleh First Stance Records pada 2004 bersama-sama kumpulan Kluk Kluk Adventure, Full Pledge Munkees, Skatanix, Utarid dan lain-lain sebelum kehadiran Decma lagi. Lagu bertajuk Eventide di dalam kompilasi tersebut telah direkod di studio Amrud Komplot dan sengaja digubah menjadi instrumental kerana TheCouldHaveBeen belum mempunyai penyanyi yang sesuai ketika itu.

Line-up silih berganti, kini Adib (folk dan elektrik gitar), Decma (vokal dan xylophone), Alik (Bass), Firhan (gambus) dan Amirul (drum) meneruskan perjuangan muzik TheCouldHaveBeen sementara Roy, Iqbal, Fauzi dan Hasree masih lagi bersama kumpulan ini sebagai pemain iringan kerana sibuk dengan kerja harian. Pemain sebelum ini seperti Anuar(pemain guitar folk) dan Iskandar(pemain iringan drum) terpaksa keluar kumpulan ini kerana komitmen kerjaya dan keluarga.

Firhan -pemain gambus menyertai kumpulan ini ketika kami sedang dalam proses rakaman e.p Prologue of us tersebut. Oleh itu, selepas ini kami dengan yakin memperjuangkan irama easy listening berteraskan independent folk, rock dan pop dengan alunan muzik tradisional melayu. Sebelum ini, Firhan merupakan pelajar di Yayasan Warisan Johor. Kesungguhan dengan perjuangan membuatkan Adib yang bermain gitar mengambil kelas En Hussein bermain gambus dan seni muzik melayu asli di Parit Sikom Pontian Johor setiap hari Ahad. En Hussin terkenal di Johor kerana membuat dan menjual gambus buatannya sendiri. Dengan studio rakaman dan kepakaran jurutera bunyi Magic Eyes Production di Pontian Johor, kami meneruskan siri merekod lagu-lagu untuk full-lengh album yang dijangka siap pada akhir tahun ini.

Q. Kenapa 'The Could Have Been'?
A.It could have anyone to play in this band.
It could have been anything played in our music.
It could have been Japan to play our song in their radio.

Ianya adalah perkataan perbualan dan persoalan yang sering kami katakan pada awal dahulu…

Oleh disebabkan ahli-ahli kumpulan ini pada awal 2003 sering mempersoal visi muzik dan haluan kugiran dalam perbualan harian, timbul nama “the could have been” dan gelaran decma dalam nama kugiran ini ditambah setelah kehadiran decma sebagai vokalis pada tahun 2006.

Q.Bagaimana sambutan pendengar terhadap musik kalian sehingga kini? Sudah berapa gig & pertunjukkan yang kalian sudah sertai sehingga kini?
A. Setakat ini kami terharu dengan sambutan pendengar yang juga kebanyakannya terdiri daripada kenalan-kenalan dari Myspace.com yang sering memberi dorongan kepada kami. Kami juga terbuka kepada pendapat dan komen dari rakan-rakan, peminat dan juga para pemuzik kerana pada kami tiada apa yang boleh melunturkan semangat kami kerana kami amat pasti dengan visi kugiran ini.

Sehingga kini, kami telah membuat pertunjukan secara purata sebanyak satu kali dalam masa setiap bulan dari april 2007 sehingga kini.

Q. Genre indie dengan lirik berbahasa Melayu kian popular dikalangan pemuzik independent. Adakah ini trend atau kalian akan terus mengekalkan pendekatan yang sama untuk lagi-lagu/album akan datang?
A. Kami tidak mahu memberi fakta tipikal atau ‘stereotyping’ lagu Bahasa Melayu itu sebagai trend kerana pada kami setiap pemuzik mempunyai alasan tersendiri dalam hal ini. Cara mereka berkemungkinan kerana minat, marketing strategi, trend, gimik…atau lain-lain lagi. Dan apa alasan jua tiada salah atau betul kerana itu terdiri kepada objektif band masing-masing. Tapi bagi kami, kami memang telah merancang dari awal penubuhan band untuk menghasilkan ‘balance’ dalam penyampaian lagu-lagu kami dari segi bahasa. Kami yakin dengan penyampaian dalam kedua-dua bahasa untuk muzik kami ini.

decma and thecouldhavebeen

Q.Apakan antara kugiran indie yang bagus sekarang ini?
A. Kami mungkin tidak dapat menjawab dengan tepat tetapi pada pendapat kami, jawapan yang sesuai ialah banyak kugiran indie yang bagus sekarang ini. Dan bukan sahaja bagus kerana pandai bermain alat muzik, mungkin juga bagus dari segi penyampaian, kreativiti, imej, social networking, pendekatan muzik dan pelbagai lagi ciri-ciri yang boleh diambil sebagai persaingan yang sihat.

decma and thecouldhavebeen

Q.Kugiran sekarang lebih mudah mempromosikan diri mereka dengan bantuan laman web social networking. Komen kalian?
A.Laman web social networking adalah tools yang paling mudah, cepat dan sangat meluas. Walaupun secara virtual, kami dapat rasakan ‘there is a bonding with listeners and fan through social networking’ dengan bantuan pelbagai aplikasi memperkenalkan muzik kami dan diri kami sendiri, cara ini banyak membantu kami untuk memperluas pengaruh muzik kami tanpa sempadan.

Q.Apakah perancangan kalian, secara peribadi dan untuk kugiran ini?
A.Buat sementara waktu, kami akan memberi perhatian yang penuh untuk merekod lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam full length album kami yang bakal release pada awal tahun 2009 nanti, insyallah. Jika tiada aral melintang, kami cuba untuk memperluas pengaruh muzik kami di seberang dengan bantuan rakan seperjuangan. Sebagai pemuzik, kami akan teruskan usaha untuk mengunakan masa dan tenaga dengan sehabis baik untuk menghasilkan karya-karya baru, walaupun diantara kami ada yang masih menjalankan pengajian dan mempunyai kerjaya tetap.

Q.Kata-kata akhir?
A.Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada editor dan crew media yang terlibat yang sedikit sebanyak membantu kami untuk memperkenalkan muzik kami. Kepada kawan-kawan dan kenalan Myspace kami, kami amat terharu dengan dorongan yang diberikan. Kami berharap agar industri muzik indipendent dapat meluaskan empayar muzik mereka tanpa sempadan.

No comments:

ads