Tahun ini saya kaya kad raya.
Sejak status dah uncle-uncle ni, jumlah kad raya pun dah semakin susut. Sebenarnya dari dulu kad raya tak pernah pun banyak. Kalau ada pun dari orang rumah. lepas tu dari apek-apek supplier. Tahun ni lumayan dia lain sikit. Aku dapat 4. EMPAT BEB! Semua ikhsan murid-murid aku.
Aku nak highlight satu kad ni yang agak special (sila rujuk gamba pertama). Dia pattern A5, bila bukak ada lagu raya. Tapi yang aku dapat dah tak bunyi. Aku paham ni mesti stock 1988 ni. Bateri pun dah expired.
Tapi yang bestnya, kad ni khas untuk 'Sayangku'. Aku dah cramp. Sajak dalam kad ni jiwa-jiwa. Lepastu ucapan dia berbunyi, "Maafkan saya untuk saya buat apa-apa kesalahan dalam matematik". Peh, punyalah lega. Aku mana aja matematik beb. Lulus pun sipi-sipi je dulu. Sahlah kad ini ditujukan kepada cikgu lain. Kesian, cikgu matematik tu mesti dapat kad kartun 20 sen yang sememangnya khas untuk aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat hari raya.
kalo free masuk blog ni:
thekedaihitamputih.blogspot.com
thanx
Post a Comment