Friends Forever. Filem pendek lakonan dan arahan pelajar2 tingkatan 2 yang bijak2 belaka


Di dalam filem pendek ini, di mana saya hanya membantu sebagai tukang rakam dan sunting video sahaja dan semua kredit kepada pala pelajar yang berjaya menghasilkan filem pendek dengan mesej yang jelas dalam masa yang singkat dan peralatan yang terhad. Korang memang best! Jumpa mereka di TEDxYouth@JohorBahru nanti

Kebanyakkan scene diambil dengan hanya satu take tanpa skrip lengkap dan ayat-ayat yang di improvise on the fly.

Video introduction to TEDx and TEDx Youth





TEDxYouth@johor bahru akan diadakan diadakan pada 16 Julai ini. Pada mereka yang masih samar-samar tentang apakah itu TEDx dan TEDxYouth, sila lihat video pendek di atas

Selepas setahun, tiada berita lebuhraya Pasir Gudang akan menjadi enam lorong



Pada 1 Julai 2010 sempena Majlis Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Pasir Gudang menteri besar Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata masalah kesesakan lalu lintas yang sering menimbulkan kesulitan kepada penduduk Pasir Gudang akan diatasi apabila lebuh raya enam lorong akan dibina di sepanjang Jalan Pasir Gudang.

Saya ada dimajlis itu dan sempat membuat filem pendek mengenainya (lihat video di atas)

Esok genaplah setahun.

Lebuhraya Pasir Gudang terlalu kecil dan sempit untuk jumlah kenderaan dan penduduk yang semakin bertambah. Tampa lorong motorsikal, ia umpama lebuhraya maut terutama untuk pengguna motosikal.

Soalannya, adakah ini retorik semata-mata? Mungkin jumlah yang dihabiskan untuk membeli bunga api semasa majlis Majlis Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang ada baiknya disimpan untuk melebarkan jalan dari dibazirkan. Wallahualam

Episod 5: Panduan Memilih Mode Yang Sesuai



Bagi mereka yang masih baru dengan kamera DSLR, adalah lebih mudah untuk memilih mode automatic tetapi adakah itu mode yang paling sesuai? adakah anda menggunakan sepenuhnya potensi kamera anda? di dalam episod ini kita akan lihat mode yang sesuai yang boleh dipilih mengikut keperluan semasa.

How to get FREE moo.com cards!




Pada mereka yang masih menghargai kad nama atau name card sebagai satu seni dalam proses sosial di mana ia memudahkan kita bertukar maklumat peribadi untuk berhubung seperti kawan atau saudara mara. Moo.com ialah satu laman web yang membolehkan kita mereka kad nama dan mengimpot imej peribadi kita dari laman web sosial. Walaupun harganya agak mahal tetapi kualiti kertas dan imej yang dihasilkan mereka sangat menarik.







Jadi bagaimana untuk mendapatkan kad nama dari moo.com ini dengan percuma? Mudah, hanya daftar dengan about.me dan anda boleh mendapatkan kad moo.com percuma, walaupun begitu anda masih harus membayar kos penghantaran kad tersebut

Episod 4: Aksesori kamera DSLR



Kamera tidak lengkap jika tidak disertakan aksesori/ Di sini kita akan lihat apakah aksesori asas yang perlu ada.

Bandung



Di indonesia ada dijual air badak perisa laici dan strawberry. Kat Malaysia, bila lagi?

Episod 3: Memasang Lensa Ke Kamera DSLR



Kamera DSLR terdiri dari dua bahagian utama iaitu lensa dan badan kamera. Di sini ditunjukkan cara untuk memasang dan menaggalkan lensa kepada badan kamera.

Klik untuk episod-episod berkaitan

ads