Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Kerjaya Hebat Tanpa Ijazah. Panduan kerjaya untuk lepasan SPM dan bukan siswazah.

Awal tahun 2015 ini saya akan menerbitkan buku berdasarkan 'post' popular blog ini setelah mendapat pelbagai pertanyaan tentang kerjaya yang sesuai terutama dari pelajar-pelajar saya sendiri. Secara tidak rasmi, harga buku tersebut ialah RM5 dan kalau berminat untuk membeli melalui pos, tambah RM2. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar juga amatlah dialu-alukan dan boleh tweet atau email saya (syed.syahrul@gmail.com) untuk harga istimewa. Saya akan umumkan tarikh sebenar apabila ia telah diterbitkan nanti.


Teknik menjawab SPM Bahasa Inggeris SPM #1. Summary writing

Okay. Dalam posting sebelum ini ada yang bertanya kenapa tulis teknik menjawab SPM untuk subjek English dalam Bahasa Melayu? Bukan lebih releven kalau ditulis dalam English? Sebenarnya audience yang saya rasa akan google dan cari tips sebegini adalah kalangan pelajar lemah dalam subjek English jadi itulah sebab saya bagi tips ini dalam Bahasa Melayu. Boleh? Setuju dengan alasan saya?

Okay, kita mula dengan melihat contoh soalan Paper 2, Section C dibawah;

Section C
[25 marks]
Read this passage and then answer the questions that follow.

When Chelsea went over to her friend, Sharon’s house, she saw her Mend’s four-year-old  brother, Ivan. “Hi,” said Chelsea.
 Ivan looked at Chelsea and said nothing and turned back to his toy.
“1 don’t think your brother likes me.”
 “It’s not your fault,” explained Chelsea. “My brother has autism.”
What is autism? Autism is a development disorder that some people are born with. It is not a disease that you can catch or pass on to somebody. It affects the brain and social skills such as communication and interacting with others.
As a result, autistic people are slow at developing language, instead, preferring to spend time alone and not showing interest in making friends. Another symptom of autism is what experts call “sensory overload.” Sounds seem louder, lights, brighter and smells, stronger. However, not all autistic people are retarded mentally. There are some with average or high intelligence.   
 Autism is not treated like a conventional disease even though medication may be prescribed to control certain symptoms like aggressive behaviour or attention problems. People with autism are taught skills that will help them do things that are difficult for them. The best time to get treatment is when they are very young, as soon as they are diagnosed. This is usually around the ages of one and a half to four. The most effective form of treatment is however, special educational programs that are tailored to the child’s individual needs. The programs involve breaking down barriers to communication using pictures or sign language. Basic language skills such as how to cross a street safely or asking for directions are taught. Treatment might also be a combination of therapies such as speech, physical, musical, occupational, hearing or visual therapies. Sometimes, changes in diet and medication may be necessary.
 By the time they reach their teens, people with autism may be attending regular classes with normal people or attending special classes because of behavioural problems. As’ teenagers, they may interact with others quite differently because their brains process information differently. As a result, they can have trouble talking properly and use gestures instead of words. Some are withdrawn; do not make friends easily and do not react to social cues like a smile or scowl. They often do not make eye contact when you talk to them. Hence, they may find it hard to join a group or an activity. Besides, they might draw back when hugged or they may be startled by a sudden noise.
 As teens, they can also show extremes of behaviour. Some are passive and withdrawn while others are overactive, show tantrums or act aggressively when they are frustrated. This is part of the disorder. Many of them have intellectual limitations and learning problems. They do not know how to express emotions like anger or frustration in acceptable ways, so they are often misunderstood. They have difficult coping with changes and get anxious if their daily routine is changed. In some cases, they might show repetitive motions like rocking or flapping their hands. Although they can feel emotions, they do not express them in the same way as others. As a result, they often come across as cold or unemotional.. Autistic people need a lot of patience and understanding and support from the people around them. This is because they cannot be expected to behave in the same way as normal people.

Question 31  [15 marks]                                                                                                                       
The passage is mainly about the treatment of autism and problems faced by teenagers with autism. Write a summary about:
·         the treatment of autism
·         problems faced by teenagers with autism
    Your summary must
              · use material from lines 16 to 44.
              · not be longer than 130 words, including the 10 words given below.
              · be in continuous writing (not in note form)
    Credit will be given for use of own words but care must be taken not to change the original meaning. Begin your summary as follows:
                  Autism is not treated like a conventional disease even though…..

Kita mulakan tutorial 

Berikut adalah kaedah mudah, namun bukanlah kaedah yang terbaik. Kepada pelajar dengan tahap kopetensi yang tinggi anda boleh gunakan kaedah biasa iaitu scan isi penting dan susun ikut urutan


1. Cari isi di bahagian yang disrahkan sahaja (jika kita rujuk contoh, baris 16 hingga 44)

2. Mulakan summary dengan ayat yang diberi. Scan petikan dan cari dari mana ayat itu dipetik
3. Pilih 10 ayat dengan purata jumlah perkataan 10 - 13 patah perkataan.
4. Copy paste ke dalam summary anda mengikut urutan. Pastikan anda copy paste tanya mengubah apa-apa ditakuti akan lari maksud asal ayat jika anda buat demikian.
5. Susun ayat-ayat tadi dalam satu perenggan sahaja
6. Patikan jumlah perkataan adalah 130. Jangan terlalu sedikit dikhuatiri akan ada isi yang tertinggal

Itu sahaja! Mudah kan? Jadi jangan stress bila membuat summary. Itu adalah soalan yang anda wajib buat.


Selamat menjawab

Ketahui gaya pembelajaran yang sesuai dan paling berkesan dengan diri anda. Indeks Gaya Pembelajaran (Index Of Learning Style)

Apa itu Index Of Learning Style?

Indeks Gaya Pembelajaran merupakan instrumen on-line yang digunakan untuk menilai keutamaan kepada empat dimensi (aktif / reflektif, penderiaan / intuitif, visual / lisan, dan berurutan / global) model gaya pembelajaran yang digubal oleh Richard M. Felder dan Linda KSilverman. Instrumen ini telah dibangunkan oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon North Carolina State University.

Siapa yang perlu ambil?

ILS boleh digunakan oleh individu yang ingin untuk menentukan gaya profil pembelajaran mereka sendiri dan oleh pendidik yang ingin menggunakannya untuk mengajar, memberi nasihat, atau penyelidikan.

Untuk mengambil ujian ini, anda boleh ke sini dan jawab kesemua 44 soalan.

Tips memilih soalan SPM Bahasa Inggeris Kertas 1 Continuous Writing yang sesuai untuk dijawab

Untuk bahagian ini, terdapat 2 jenis soalan iaitu

1. Fakta - Bermakna karangan ini memerlukan anda mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu-isu semasa dan anda perlu menulis berdasarkan fakta
2. Fiksyen - Anda perlu mempunyai imaginasi yang tinggi dan mereka cerita asalkan ia bersesuaian dengan tajuk yang diberi.

Bagaimana Untuk Memilih?

Manusia dijadikan berbeza. Ada yang suka membaca dan mengikuti isu-isu semasa dan ada yang suka berkhayal dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Ada yang lebih cenderung kepada seni dan ada yang sukakan matematik.

Jika anda cenderung kepada matematik atau fakta berkemungkinan besar anda akan pilih untuk menulis berdasarkan fakta atau tentang isu semasa. Jika anda cenderung kepada seni anda berkemungkinan besar atau ada baiknya anda memilih tajuk yang membolehkan anda menggunakan imaginasi anda

Berikut adalah satu contoh soalan.

Section B: Continuous Writing
[50 marks]

You are advised to spend one hour on this section.

Question 2

Write a composition of about 350 words onone of the following topics.
(a) Describe the most wonderful moment of your childhood. (Fiksyen)
(b) Modern technology is a threat to our lives.Discuss. (Fakta)
(c) How can I promote a safe-school environment? (Fakta)
(d) Write a story ending with “After that incident, I decided to plan my future journeys better.” (Fiksyen)
(e) Health. (Fakta/Fiksyen)

Kesimpulan

Anda perlu kenalpasti apakah kecenderungan anda. Percayalah, jika anda berjaya kenalpasti anda jenis pelajar yang cenderung menulis berdasarkan fakta atau fiksyen, 350 perkataan itu bukanlah masalah yang besar bagi anda!

Panduan menulis karangan SPM kertas 1 section A : Directed Writing


Beberapa minggu lepas saya ada menulis panduan bagaimana hendak menulis karangan Bahasa Inggeris SPM section B : Continuous Writing. Di sini saya akan sambung apa yang saya mulakan dengan berkongsi cara menulis untuk section A : Directed Writing

Secara amnya, Section A lebih mudah dari section B kerana ; isi telah diberi. Anda hanya perlu pilih format karangan yang betul dan kembaNgkan isi-isi penting yang diberi. Karangan yang baik juga perlulah mempunyai continuity dan kesinambungan yang baik antara kesemua isi-isi karangan tersebut 

A : Preparing a draf (Menyediakan rangka karangan)

Langkah 1: Kenalpasti format karangan.

  1. Surat rasmi (Formal letter)
    1. Mesti ada alamat pengirim, penerima, tarikh, perkara, tandatangan dan nama
    2. Semua terletak di sebelah kanan
  2. Surat tidak rasmi (Informal letter)
    1. Mesti ada alamat pengirim dan tanda tangan pengirim
    2. Semua terletak di bahagian kiri
  3. Laporan (Report)
    1. Mesti ada tajuk nama penulis, pangkat, nama organisasi dan organisasi
    2. Tajuk digaris dan di bahagian atas sebelum isi laporan
    3. nama penulis, pangkat, nama organisasi dan organisasi di akhir laporan sebelah kiri
  4. Artikel (article)
    1. Seperti karangan biasa
  5. Ucapan (speech/talk)
    1. Dimulakan dengan ucap selamat (salutation) kepada hadirin, perkenalkan diri dan sebab berucap
Langkah 2: Kembangkan semua points (isi)

Untuk karangan berpandu, isi karangan telah diberi tetapi pendek sahaja dan dalam bentuk points. Anda perlu kembangankan lagi isi karangan dengan menambah beberapa perkataan atau beberapa ayat untuk setiap isi yang diberi. Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, anda harus mematuhi subject- verb agreement.

B: Start writing an essay (Mula tulis karangan)

Langkah 5 : Mula menulis karangan anda. 

Pastikan karangan anda mempunyai;
  1. Introduction (Pendahuluan)
  2. Body (Isi)
  3. Ending (Penutup)
Bagi report (laporan) dan semua isi penting dimasukkan kebahagian introduction.

Bagi letter, specck/talk  (ucapan)  dan article (artikel) isi penting semua isi penting (5W1H) di masukkan kebahagian body
Di bahagian Introduction, anda mesti nyatakan;
  1. Tajuk karangan anda
  2. Definasi tajuk karangan anda
Di bahagian body, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya

Di bahagian ending, anda perlu membuat kesimpulan karangan anda. Ia perlulah merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.

Langkah 6: Hubungkan semua points dengan sequence connector.

Gunakan sequence connectors untuk permulaan setiap perenggan.
  1. Firstly
  2. Next
  3. Later
  4. After that
  5. Finally
Langkah 7 : Periksa ejaan, jumlah perkataan dan format karangan anda. 
Pastikan ia mengikut kehendak soalan. 

4 laman web yang paling penting dalam kehidupan seorang pelajar

Kepada adik-adik kat luar sana tu, kalau tak Facebook mesti tak lengkap hari korang kan? Walaupun kawan tu baru je awak jumpa 5 minit tadi dalam bas sekolah, balik rumah terus sambung chat dekat Facebook. Amboi, banyak sangat ke cerita sampai tak habis-habis? Internet zaman sekarang ni dah satu keperluan asas, tak ada beza dengan TV zaman saya kecil dulu. Bagus internet ni sebenarnya, banyak benda yang boleh dipelajari, semua dihujung jari. Okay, di sini saya ingin kongsi dengan para pelajar dan adik-adik yang hebat-hebat dengan kawan Facebook sampai beribu-ribu ramainya tu, di sini ada 4 laman web yang korang mesti bookmark/hafal. Bukannya apa, senang nanti bila nak buat kerja rumah. Ha, jangan lupa hafal ye!


Wolfram Alpha



Laman web ni ramai tak tahu dan tak singah tapi memang membantu kalau anda nak cari maklumat yang mungkin kawan Facebook awak tidak boleh tolong. Cara menggunakannya ada persamaan seperti enjin carian yang lain, Google contohnya tetapi yang ajaibnya kita beri soalan matematik pun dia boleh jawab. Ha, kan dah cakap laman web ni hebat?

Google Translate

Saya memang berterima kasih la sangat-sangat kepada Google kerana menyediakan perkhidmatan ini dengan percuma. Fungsinya macam kamus tetapi dari terjemah satu perkataan sahaja dalam satu-satu masa, dia boleh terjemah bukan sepotong ayat, satu teks lengkap pun boleh! Peh. Dan bukan dari bahasa inggeris ke bahasa Melayu tetapi kebahasa-bahasa lain yang ada kat dalam donia ini. Korang nak translate lirik lagu kumpulan k-pop pun boleh. Eh saya cakap je, tak pernah cuba pun.

Wikipedia



Okay, katakan cikgu suruh anda buat karangan atau folio tentang sukan ragbi. Awak pula tak pernah main ragbi. Ha, macammana? Inilah gunanya Wikipedia, ensiklopedia percuma. Masuk laman web ini, taip sahaja apa yang anda ingin tahu insyallah, tup dia muncul!

Google

Di sinilah semuanya bermula. google ini sebenarnya sebuah injen carian, maksudnya, apa sahaja perkataan yang awak taip akan muncullah laman web-laman web yang berkaitan. Jadi sebagai pelajar awak kenalah explore, mempunyai sifat ingin tahu dan gunakan injin carian ini untuk membaca apa sahaja yang boleh dipelajari di internet. Pengetahuan bertambah. Cikgu soal benda-benda pelik ha, insyallah awak boleh jawab sebab kebetulan pulak baru je awak baca pasal soalan cikgu tu tadi. Jika nak buat karangan pun dah senang kerana banyak informasi yang awak pelajari, betul tak?

Okay, 4 sahaja laman web yang awak, adik-adik ye, kena bookmark. Hafal. Bye!


Panduan Menulis Karangan Bahasa Inggeris SPM Kertas 1 Section B: Continuous Writing


Sebagai seorang guru saya  mendapati , ramai murid yang masih mempunyai masalah untuk menulis karangan yang baik,  terutamanya bagi soalan SPM kertas 1 Bahasa Inggeris . Pada saya, perkara yang paling penting adalah perancangan. Jika seorang pelajar itu tahu langkah-langkah yang sepatutnya mereka ikuti nescaya masalah seperti tiada idea untuk menulis atau writer’s block tidak akan wujud semasa murid mengambil peperiksaan nanti. Ingat seseorang yang tidak merancang sebenarnya merancang untuk gagal.

Di sini saya akan menunjukkan langkah mudah untuk menulis karangan section B (bahagian B) iaitu continuous writing

A : Preparing a draf (Menyediakan rangka karangan)

Ramai murid yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan mereka dahulu. dengan menulis draf, murid dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka. Dari situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah dimana yang perlu dan dapat menyiapkan karangan dalam masa yang diperuntukkan

Langkah 1

Pilih tajuk karangan anda. Cari isi penting dengan menggunakan kaedah melemparkan soalan iaitu 5W1H. Apakah yang dikatakan 5W1H?

  1. Who (Siapa)
  2. What (Apa)
  3. Where (Di mana)
  4. When (Bila)
  5. Why (Kenapa)
  6. How (Bagaimana)

Langkah 2

Daripada semua soalan yang dikemukakan di atas, anda seharusnya mencari jawapan yang sesuai. Jawapan inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan anda.

Langkah 3

Seterusnya, dari setiap main points tersebut anda perlu hasilkan beberapa sub points (isi tambahan). Buatlah beberapa sub points untuk setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.

Langkah 4

Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya karangan anda mempunyai isi yang banyak, panjang mengikuti kehendak soalan dan menarik untuk dibaca. Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, anda harus mematuhi subject- verb agreement.

B: Start writing an essay (Mula tulis karangan)

Langkah 5

Mula menulis karangan anda. Pastikan karangan anda mempunyai;
  1. Introduction (Pendahuluan)
  2. Body (Isi)
  3. Ending (Penutup) 
Di bahagian Introduction, anda mesti nyatakan;
  1. Tajuk karangan anda
  2. Definasi tajuk karangan anda 
Di bahagian body, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya

Di bahagian ending, anda perlu membuat kesimpulan karangan anda. Ia perlulah merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.

Langkah 6

Periksa ejaan, jumlah perkataan dan format karangan anda. Pastikan ia mengikut kehendak soalan. Pada bahagian seterusnya saya akan berkongsi pula panduan menulis section A : Directed Writing

ads