Eksklusif! Unboxing Pocket Cinema Projector – projektor kecik molek bersaiz telapak tangan anda!

Oklah, tajuk tadi mungkin ada sikit misleading. Sebenarnya tidaklah eksklusif mana pun tapi yela, teruja ni sebenarnya nak bukak kotak projektor kecil molek bersaiz telefon bimbit. Memang sama cantiklah kata orang tu kalau duduk sebelah menyebelah dengan nokia lampu picit saya ni ha. Saya beli projektor ini sebenarnya kerana keperluan saya sebagai pengajar. Di sekolah ada bilik media dan ada projektor yang boleh diguna pakai dan pinjam tetapi tahu-tahu sajalah, benda sikit nak kongsi dengan ramai guru-guru lain. Jadi saya pun cari alternative lain. Nak beli yang besar tu mahal pulak. Tu satu hal, saiz pun besa. Tak style langsung. Nak bimbit buku rekod mengajar, buku teks, kotak pensel saya yang besar bagak bagai tu – mana cukup tangan nak bimbit laptop dengan projektor. So saya singahlah Ebay dan beli projektor comel ni

Okay, kita tengok dulu foto unboxing. Video review akan menyusul kemudian. Jenama apa? Ha, takda brand, China made.



 Fuh, betol ke boleh masok poket ni?




 Keyboard dan mouse dijual berasingan 




No comments:

ads