Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

Eksklusif! Unboxing Pocket Cinema Projector – projektor kecik molek bersaiz telapak tangan anda!

Oklah, tajuk tadi mungkin ada sikit misleading. Sebenarnya tidaklah eksklusif mana pun tapi yela, teruja ni sebenarnya nak bukak kotak projektor kecil molek bersaiz telefon bimbit. Memang sama cantiklah kata orang tu kalau duduk sebelah menyebelah dengan nokia lampu picit saya ni ha. Saya beli projektor ini sebenarnya kerana keperluan saya sebagai pengajar. Di sekolah ada bilik media dan ada projektor yang boleh diguna pakai dan pinjam tetapi tahu-tahu sajalah, benda sikit nak kongsi dengan ramai guru-guru lain. Jadi saya pun cari alternative lain. Nak beli yang besar tu mahal pulak. Tu satu hal, saiz pun besa. Tak style langsung. Nak bimbit buku rekod mengajar, buku teks, kotak pensel saya yang besar bagak bagai tu – mana cukup tangan nak bimbit laptop dengan projektor. So saya singahlah Ebay dan beli projektor comel ni

Okay, kita tengok dulu foto unboxing. Video review akan menyusul kemudian. Jenama apa? Ha, takda brand, China made.



 Fuh, betol ke boleh masok poket ni?




 Keyboard dan mouse dijual berasingan 




Eksklusif! Cara Setup Raspberry Pi Oleh Shafiq Mustapa

Dalam video kali ini Shafiq akan menunjukkan cara untuk setup dan boot Raspberry Pi. Tunggu apa lagi?? Dah tangkap seunit ke belum?? Raspberry Pi ni memang game changer, masa depan pc akan jadi murah, kecil dan menggunakan lebih banyak perisian percuma dan open source. Ada apa-apa soalan tentang Raspberry Pi boleh tweet ke @shafiqmustapa

Eksklusif! 'Unboxing' Raspberry Pi Oleh Shafiq Mustapa

Video nyahkotak komputer terkecil dan termurah, Raspberry Pi (http://www.raspberrypi.org/) bersama pakar IT kita saudara shafiq dan hos jemputan Man Kunang

Pentas Seni Teks Alternatif @ Mr. Kombi Cafe & Kopitiam



Pentas Seni Teks Alternatif @ Mr. Kombi Cafe & Kopitiam yang julung-julung kali diadakan untuk meraikan penerbit-penerbit buku indie. Antara penerbit yang terlibat ialah FIXI, Lejen dan Moque

Khan Academy - Pendidikan percuma bertaraf antarabangsa untuk semua di mana sahaja

Akademi Khan ( http://khanacademy.org ) , yang diasaskan oleh Salman Khan, adalah sebuah organisasi yang mempunyai misi. Matlamat mereka ialah menukar pendidikan menjadi lebih baik dengan menyediakan pendidikan bertaraf dunia percuma kepada sesiapa sahaja di mana-mana sahaja. Untuk mencapai matlamat mereka ini, mereka menggunakan video sebagai alat bantuan mengajar yang dimuatnaik ke laman youtube.

Video-video ini meliputi pelbagai subjek. Walaupun ada antaranya tidak mengikuti silibus di sekolah kita, misalnya, tetapi video-video ini memang berguna dan boleh dijadikan bahan rujukan selain boleh ditonton dimana dan bila kita perlikannya

DigitalRevTV sumber informasi kamera digital paling lawak!



Jika anda mahukan informasi dan tutorial tentang kamera-kamera digital, ini adalah tempatnya http://youtube.com/user/digitalrevcom . Tetapi jangan terlalu serius kerana video-video oleh saudara Kai ini memang lawak

Pronunciation Book, membantu anda menyebut perkataan Inggeris dengan betul

Ulasan laman Youtube Pronunciation Book ( Pronunciation Book shows you how to say various words in American English.) Video-video dari channel ini memang membantu, terutama mereka yang mahu belajar cara menyebut perkataan bahasa inggeris dengan betul. Video-videonya pun pendek dan ringkas.

Ulasan apps PUNCHFORK oleh Shafiq & Terima kasih kepada Amanz.my



Orang kuat jbfoodclub berkongsi apps IPhone kegemaran beliau di mana anda boleh dapat banyak resipi-resipi menarik dengan mudah iaitu PUNCHFORK.


Terima kasih kepada amanz.my kerana sokongan anda. Tunggu ulasan video apps dan gadget dari kami di video-video akan datang.

Ulasan buku FREECABI Reman 7 hari bersama saudara Fikri Kacak

Saudara Mohd Fikri mengulas buku sulong terbitan Moque Press yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.



Buku ini ialah antologi entri dari Laman sosial Twitter saudara Chubby Harus Direjam (http://twitter.com/cbhrsdrjm) yang yang menceritakan kisah beliau yang telah ditahan reman selama 7 hari.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi beliau atau tuit ke @fikrikacak selaku penerbit Moque Press

Ulasan buku MAKAN : 15 tempat makan menarik @ Johor Bahru oleh Shafiq Mustapa



Buku yang mengandungi ulasan tentang 15 tempat makan yang paling menarik di Johor Bahru oleh pengasas blog http://jbfoodclub.com Shafiq Mustapha. Sesuai untuk yang ingin mencuba atau tercari-cari kedai makan terbaik di Johor Bahru.

Selepas baca buku ini mesti korang rasa nak cuba. Penulis memang kaki makan jadi kalau anda semua ada cadangan temoat makan mana yang patut menerima gelaran tempat makan terbaik di Johor Bahru bolelah beritahu kawan kita ni

Harga buku ini hanyalah RM5 dan boleh didapati dari penulisnya sendiri. Beliau boleh dihubungi melalui akaun Twitter @shafiqmustapa

Ulasan buku Paus Gagal oleh Tok Rimau



Buku pertama di Malaysia yang mengumpulkan cerita-cerita pendek terdiri dari entri Twitter ke dalam sebuah buku. Buku setebal 46 muka surat ini adalah petikan cerita yang ditulis @tokrimau. Buku ini telah dilancarkan di #twtupjohor dan mendapat sambutan yang sangat baik apabila kesemua naskah yang dicetak telah habis dijual. Jika anda ingin membelinya, bolehlah menghubungi terus penulis melalui twitter @tokrimau

ads