Tips memilih soalan SPM Bahasa Inggeris Kertas 1 Continuous Writing yang sesuai untuk dijawab

Untuk bahagian ini, terdapat 2 jenis soalan iaitu

1. Fakta - Bermakna karangan ini memerlukan anda mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu-isu semasa dan anda perlu menulis berdasarkan fakta
2. Fiksyen - Anda perlu mempunyai imaginasi yang tinggi dan mereka cerita asalkan ia bersesuaian dengan tajuk yang diberi.

Bagaimana Untuk Memilih?

Manusia dijadikan berbeza. Ada yang suka membaca dan mengikuti isu-isu semasa dan ada yang suka berkhayal dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Ada yang lebih cenderung kepada seni dan ada yang sukakan matematik.

Jika anda cenderung kepada matematik atau fakta berkemungkinan besar anda akan pilih untuk menulis berdasarkan fakta atau tentang isu semasa. Jika anda cenderung kepada seni anda berkemungkinan besar atau ada baiknya anda memilih tajuk yang membolehkan anda menggunakan imaginasi anda

Berikut adalah satu contoh soalan.

Section B: Continuous Writing
[50 marks]

You are advised to spend one hour on this section.

Question 2

Write a composition of about 350 words onone of the following topics.
(a) Describe the most wonderful moment of your childhood. (Fiksyen)
(b) Modern technology is a threat to our lives.Discuss. (Fakta)
(c) How can I promote a safe-school environment? (Fakta)
(d) Write a story ending with “After that incident, I decided to plan my future journeys better.” (Fiksyen)
(e) Health. (Fakta/Fiksyen)

Kesimpulan

Anda perlu kenalpasti apakah kecenderungan anda. Percayalah, jika anda berjaya kenalpasti anda jenis pelajar yang cenderung menulis berdasarkan fakta atau fiksyen, 350 perkataan itu bukanlah masalah yang besar bagi anda!

No comments:

ads