Rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang banyak melahirkan pelajar cemerlang

Kebanyakkan orang hanya mengetahui Finland sebagai satu negara sejuk dan kecil dengan populasi kira-kira 5 juta orang. Sama ada anda telah ke Finland atau tidak, anda mungkin tidak mengetahui salah satu daripada pencapaian terbesar Finland pada masa ini - iaitu sistem pendidikan mereka . Prestasi pelajar di Finland telah meningkat beberapa tahun kebelakangan ini malah antara terbaik di dunia. Berbanding dengan banyak negara maju yang lain, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada  kadar kelulusan sekolah tinggi Finland terus berkembang kukuh dan hebat . Tambahan pula, peratusan besar pelajar meneruskan untuk mendapatkan ijazah universiti adalah tinggi.

Jadi apa rahsia Finland ? Adalah sukar untuk mengatakan dengan pasti , tetapi beberapa tekaan yang baik tentang sumber kejayaan mereka termasuk tahap menghormati guru-guru mereka yang tinggi, memberikan pelajar kurang kerja rumah, lebih banyak masa rehat dan menjalankan ujian standard (peperiksaan peringkat kebangsaan) dengan tidak terlalu kerap. Berikut adalah infografik tentang sistem pendidikan di Finland. (sumber)

Finnish Education Infographic

No comments:

ads