English Made Easy. Nota Bahasa Inggeris dengan terjemahan Bahasa Melayu

Buku kedua terbitan saya tahun 2015 ini. Tarikh sebenar pelancaran akan diberitahu kelak. Harga RM5 dan tambah RM2 jika mahu memilikinya melalui pos. Buku ini pernah saya berikan secara percuma melalui cara muat turun tetapi ramai yang mahukan dalam bentuk buku bercetak kerana lebih mudah untuk disimpan dan dirujuk. Grafik untuk kulit buku yang memaparkan gambar kasut itu sebenarnya simbolik kepada usaha saya menerbitkan buku ini semoga ia menjadi titik permulaan kepada pembaca untuk melangkah ke arah yang lebih cemerlang,

Kerjaya Hebat Tanpa Ijazah. Panduan kerjaya untuk lepasan SPM dan bukan siswazah.

Awal tahun 2015 ini saya akan menerbitkan buku berdasarkan 'post' popular blog ini setelah mendapat pelbagai pertanyaan tentang kerjaya yang sesuai terutama dari pelajar-pelajar saya sendiri. Secara tidak rasmi, harga buku tersebut ialah RM5 dan kalau berminat untuk membeli melalui pos, tambah RM2. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar juga amatlah dialu-alukan dan boleh tweet atau email saya (syed.syahrul@gmail.com) untuk harga istimewa. Saya akan umumkan tarikh sebenar apabila ia telah diterbitkan nanti.


Buku kanak-kanak yang menarik untuk tahun 2014

Akhbar New York Times telah menyenaraikan buku-buku menarik, bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga sesuai untuk remaja dan yang belia. Macam saya.
Kalau anda rasa membeli buku ini membebankan (kos dan juga tempat nak menyimpan. Ye la anak berderet) perpustakaan awam kat Malaysia ni pun dan makin customer friendly. Kalau di Kulaijaya, di AEON pun dah ada perpustakaan. Pinjamjelah. Klik pautan ini untuk melihat rencana NYT

Apps khas untuk guru-guru Malaysia

Dalam usaha mempermudahkan kerja guru di zaman internet ini, ada beberapa apps telah saya bina - search sahaja nama saya di google play insyallah menjelmalah dia. Tahun ini fokus saya akan beralih kepada apps untuk mempermudahkan guru yang terlibat dengan PBS. 

Apps yang bagaimana, hmm nanti saya fikirkan dulu ye. Anda ada cadangan?

Mengisi masa anak-anak dengan program berfaedah semasa cuti sekolah

Cuti akhir tahun datang lagi. Ramailah anak-anak yang bercuti dikampung, ada juga bercuti dibandar tetapi bersama atuk dan nenek. Balik kampung juga kiranya tapi kampung konkrit la namanya tu.

Haziq dan Fahim pula kami hantar ke kem cuti -cuti sekolah di masjid jamek BBU. Alhamdulllah mereka seronok berkawan sambil belajar amalan islam secara santai. Program sebulan jadi penuhla waktu mereka nampaknya.

ads