Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

English Made Easy. Nota Bahasa Inggeris dengan terjemahan Bahasa Melayu

Buku kedua terbitan saya tahun 2015 ini. Tarikh sebenar pelancaran akan diberitahu kelak. Harga RM5 dan tambah RM2 jika mahu memilikinya melalui pos. Buku ini pernah saya berikan secara percuma melalui cara muat turun tetapi ramai yang mahukan dalam bentuk buku bercetak kerana lebih mudah untuk disimpan dan dirujuk. Grafik untuk kulit buku yang memaparkan gambar kasut itu sebenarnya simbolik kepada usaha saya menerbitkan buku ini semoga ia menjadi titik permulaan kepada pembaca untuk melangkah ke arah yang lebih cemerlang,

Kerjaya Hebat Tanpa Ijazah. Panduan kerjaya untuk lepasan SPM dan bukan siswazah.

Awal tahun 2015 ini saya akan menerbitkan buku berdasarkan 'post' popular blog ini setelah mendapat pelbagai pertanyaan tentang kerjaya yang sesuai terutama dari pelajar-pelajar saya sendiri. Secara tidak rasmi, harga buku tersebut ialah RM5 dan kalau berminat untuk membeli melalui pos, tambah RM2. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar juga amatlah dialu-alukan dan boleh tweet atau email saya (syed.syahrul@gmail.com) untuk harga istimewa. Saya akan umumkan tarikh sebenar apabila ia telah diterbitkan nanti.


Ulasan buku MAKAN : 15 tempat makan menarik @ Johor Bahru oleh Shafiq Mustapa



Buku yang mengandungi ulasan tentang 15 tempat makan yang paling menarik di Johor Bahru oleh pengasas blog http://jbfoodclub.com Shafiq Mustapha. Sesuai untuk yang ingin mencuba atau tercari-cari kedai makan terbaik di Johor Bahru.

Selepas baca buku ini mesti korang rasa nak cuba. Penulis memang kaki makan jadi kalau anda semua ada cadangan temoat makan mana yang patut menerima gelaran tempat makan terbaik di Johor Bahru bolelah beritahu kawan kita ni

Harga buku ini hanyalah RM5 dan boleh didapati dari penulisnya sendiri. Beliau boleh dihubungi melalui akaun Twitter @shafiqmustapa

Ulasan buku Paus Gagal oleh Tok Rimau



Buku pertama di Malaysia yang mengumpulkan cerita-cerita pendek terdiri dari entri Twitter ke dalam sebuah buku. Buku setebal 46 muka surat ini adalah petikan cerita yang ditulis @tokrimau. Buku ini telah dilancarkan di #twtupjohor dan mendapat sambutan yang sangat baik apabila kesemua naskah yang dicetak telah habis dijual. Jika anda ingin membelinya, bolehlah menghubungi terus penulis melalui twitter @tokrimau

ads