Sesi bergambar keluarga di rumah Along, Kota Masai, Johor.

Tahun ini, kami beraya di rumah atok di Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat. Selesai sahaja marhaban kenduri doa selamat di rumah pusaka Tok Abah kami beransur ke Bandar Baru Uda, rumah mertua. Oleh kerana keadaan Fadhilah yang sedang sarat, bergerakkan kami tidak selincah tahun lepas. Haziq bertambah ligat dengan kebolehan baru, berjalan tanpa memegang tembok. Sandle raya dia pun boleh tahan stylo.

Kami hanya beraya ke rumah kawan-kawan terdekat. Oleh kerana cuti panjang, ramai yang masih di kampung. Dan seperti tahun-tahun lepas, saat yang kami tunggu-tunggu, gambar raya kami sekeluarga.

1 comment:

Jarri said...

selamat hari raya bro.

ads