Kisah pasca tahun baru

Hari raya haji tahun 2006 agak lain kali ini. Kami beraya dengan atuk tetapi si ibu beraya di hospital dengan bakal-bakal ibu yang lain. Di wad kelas 3 berhadapan dengan selat Tebrau. Kelihatan Singapura nun di sana.

Awal pagi tahun baru, Sekitar pukul 5 pagi, satu panggilan dari si ibu, menyatakan perut sudah mula menegang. Hati berdetik, akhirnya. Semasa memandu, mulut terkumat-kamit membaca doa dan berharap semuanya selamat. Tidak lama berada di hospital, air ketuban pecah. Bergegas kami dengan dibantu misi ke wad bersalin.

Semuanya berlangsung dengan pantas. Kami hanya berada di sana sekitar 40 minit sebelum adik keluar dengan disusuli tangisan yang memang kami tunggu-tunggu. Alhamdullilah. Senpat saya azankan dan kami pun cepat mesra.

Semua detik-detik manis berjaya dirakam. Tapi punah harapan kami, apabila diberitahu si Wak Ketat, pekerja kedai telefon bimbit di Kg Melayu bahawa gambar-gambar itu semua tidak boleh dicetak kerana model henpon milik atok terlalu klasik. Cukuplah untuk dibuat wallpaper sahaja.

P/s : Gambar-gambar Fahim akan di upload kemudian. Filem tertinggal lupa nak basuh. Fizi buat akekah untuk anak dia 1 haribulan tu jugak, tak sempat nak pergi.

2 comments:

Abouti said...

tahniah atas kelahiran anak baru. salam perkenalan

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Abouti, Terima kasih & selamat tahun baru.

ads