Showing posts with label birth. Show all posts
Showing posts with label birth. Show all posts
Happy New Year, 2008
Selamat Tahun Baru dan Selamat menyambut hari lahir yang pertama kepada Syed Fahim Bin Syed Syahrul Zarizi!
Happy birthday, from Us!

Happy birthday to Fadhilah Othman, from us. Selamat tinggal Cyberjaya & semoga penghijrahan ke Johor diberkati Allah, insyallah.
Akekah Fahim & Hari Jadi Haziq @ Sarang Buaya, Semerah
Majlis akekah & potong jambul Syed Fahim akan diadakah pada hari Sabtu, (haaa, tenguk dah betulkan dah) 18/8 lepas Asar. Diikuti oleh majlis makan-makan dan gomol-mengomol oleh para makcik-makcik dan sepupu-sepapat. Haziq masuk 2 tahun pada 28/8, kira majlis 2 in 1 la ni. Sarang Buaya dekat mana? Antara Batu Pahat- Muar. Landmark paling senang ialah replika buaya naik sampan yang sungguh menggerunkan kalau tenguk malam-malam. Kalau dari Batu Pahat, sampai je Semerah, lajak sikit nampak Masjid, boleh start signal kiri. Lepas lagi satu rumah besar, ada simpang, terus masuk kiri. Ala, senang-senang telepon je la!
Kisah pasca tahun baru
Hari raya haji tahun 2006 agak lain kali ini. Kami beraya dengan atuk tetapi si ibu beraya di hospital dengan bakal-bakal ibu yang lain. Di wad kelas 3 berhadapan dengan selat Tebrau. Kelihatan Singapura nun di sana.
Awal pagi tahun baru, Sekitar pukul 5 pagi, satu panggilan dari si ibu, menyatakan perut sudah mula menegang. Hati berdetik, akhirnya. Semasa memandu, mulut terkumat-kamit membaca doa dan berharap semuanya selamat. Tidak lama berada di hospital, air ketuban pecah. Bergegas kami dengan dibantu misi ke wad bersalin.
Semuanya berlangsung dengan pantas. Kami hanya berada di sana sekitar 40 minit sebelum adik keluar dengan disusuli tangisan yang memang kami tunggu-tunggu. Alhamdullilah. Senpat saya azankan dan kami pun cepat mesra.
Semua detik-detik manis berjaya dirakam. Tapi punah harapan kami, apabila diberitahu si Wak Ketat, pekerja kedai telefon bimbit di Kg Melayu bahawa gambar-gambar itu semua tidak boleh dicetak kerana model henpon milik atok terlalu klasik. Cukuplah untuk dibuat wallpaper sahaja.
P/s : Gambar-gambar Fahim akan di upload kemudian. Filem tertinggal lupa nak basuh. Fizi buat akekah untuk anak dia 1 haribulan tu jugak, tak sempat nak pergi.

Robot give birth, in Korea?

Students at Kyunghee University Medical Center in Seoul learn how to bring humans into the world with help from Noelle, a life-sized robot, and her robo-baby.
The newborn, also a robot, is equipped with lights on its hands and cheeks to indicate its health -- blue lights mean problems while pink lights signal all is ok. via boingboing. And here, in Reuters.
Subscribe to:
Posts (Atom)