Jemputan menulis untuk GOBLOG #2.

Kepada: Anda, kawan-kawan anda, semua orang muda dan orang yang pernah muda.

Tahun lepas [2006] buku bernama Goblog telah diterbitkan. tahun ni kami di Papakerma nak teruskan kesinambungan untuk menerbitkan Goblog edisi kedua [Goblog#2] pulak. Jadi, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku Goblog#2 ini.

Hantarkan apa jua bentuk tulisan kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. takde tema yang spesifik untuk Goblog#2 ni. jadi, anda bebas nak tulis tentang apa pun. Tapi sila pastikan tulisan anda tu mempunyai mesej yang berguna untuk orang ramai. tulisan yang takde mesej akan direject tanpa belas kasihan. Tulisan yang rasis, fasis, seksis, nazis, prejudis dan segala unsur yang bertentangan dengan hak asasi manusia jugak akan direject.

Setiap seorang dibenarkan menghantar maksimum 10 artikel dan minimum 5 artikel. Hantarkan artikel dalam bahasa malaysia ok.

Takde deadline [deadline ke dateline?] yang ditetapkan. cukup je bilangan artikel yang dikehendaki, kami akan siapkan buku Goblog#2 ni. Cepat lambat buku ni dikeluarkan bergantung sepenuhnya kepada keterlibatan anda [dan juga keadaan kewangan kami.:p].

Kepada yang berminat, hantarkan kontribusi anda kepada saya di alamat email berikut: merahdanhitam@yahoo.com

Daripada:
Dhani Ahmad
b/p: Papakerma Press
www.papakerma.com

5 comments:

Dhani said...

thanx utk iklan ni.:). ko tulis gak ek jiji. tapi dalam bahasa melayu ah tapi. nak try buat standadize plak.tak nak wat dwi bahasa.hehe.



p/s:- nak beli button/baju dgn ko bleh? tak reti aku nak beli dgn cafepress.:P

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Insyallah, kalau takda apa2 hal, aku contribute. Takde hal beb! Kasi Goblog jadi annual projek papakerma!

Dhani said...

tu ah. hajat dihati nak rilis setahun sekali. bercita-cita besar sungguh! hehe.:P

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Ko dekat kampung ke mana tu?

Dhani said...

aah. aku dah jadi orang kampung ah skang. keje dgn gomen. skali skala je ah aku ada kat kl nnt. turun ah gig kitorang kat Artport, Shah Alam nnt. bawak anak bini. port best beb. tepi tasik. boleh berkelah sama family.hehe.

ads