Gila-Gila sudah 30 tahun.

1:12 AM

Majalah satira nasional, Gila-Gila sudah genap 30 tahun umurnya pada 1 April lepas. Mungkin Gila-Gila kini tidak gah seperti 10 tahun dahulu tetapi ia masih lagi berjaya bertahan sehingga sekarang. Sering dikatakan majalah 'sampah' oleh orang yang kurang mengerti, saya langsung tidak setuju. Masakan Pak Samad Ismail dan arwah Pak Sako mahu menulis untuk majalah picisan dengan kandungan tidak bermesej? Inilah tempat kelahiran ramai tokoh-tokoh seni tempatan seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Rejabhad, Dato Lat, Imuda, Ujang dan ramai lagi. Antara karikaturnya yang popular ialah "Lagak A. Mahmud" ( Fatah Ngah ), "Ayop Anak Tulakang" ( Nan ), "Pendekar Mato Tiga" (Don), "Tiga Segi Empat Segi" (Kerengge), "Perwira Mat Gila" ( Rejabhad ), "From Taiping With Love" (Rasyid Asmawi). Tulisan dan karikatur sentiasa sinis dan penuh makna dan pengisian. Siapa tidak ingat akan watak Atuk, Aca, Jibam, tiga dara pingitan dan yang paling popular, si maskot Gila-Gila, Profesor serba Tahu.

Baru-baru ini, Gila-Gila nampaknya telah menerima kembali Ujang ke sidang redaksi setelah lama 'menghilangkan' diri. Malah, hampir separuh dari pelukisnya kini mengingatkan kita kepada Gila-Gila semasa zaman kegemilangannya dulu.

Kepada Gila-Gila, semoga panjang umur.

You Might Also Like

6 comments

ads

Like us on Facebook

Flickr Images