Gila-Gila sudah 30 tahun.

Majalah satira nasional, Gila-Gila sudah genap 30 tahun umurnya pada 1 April lepas. Mungkin Gila-Gila kini tidak gah seperti 10 tahun dahulu tetapi ia masih lagi berjaya bertahan sehingga sekarang. Sering dikatakan majalah 'sampah' oleh orang yang kurang mengerti, saya langsung tidak setuju. Masakan Pak Samad Ismail dan arwah Pak Sako mahu menulis untuk majalah picisan dengan kandungan tidak bermesej? Inilah tempat kelahiran ramai tokoh-tokoh seni tempatan seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Rejabhad, Dato Lat, Imuda, Ujang dan ramai lagi. Antara karikaturnya yang popular ialah "Lagak A. Mahmud" ( Fatah Ngah ), "Ayop Anak Tulakang" ( Nan ), "Pendekar Mato Tiga" (Don), "Tiga Segi Empat Segi" (Kerengge), "Perwira Mat Gila" ( Rejabhad ), "From Taiping With Love" (Rasyid Asmawi). Tulisan dan karikatur sentiasa sinis dan penuh makna dan pengisian. Siapa tidak ingat akan watak Atuk, Aca, Jibam, tiga dara pingitan dan yang paling popular, si maskot Gila-Gila, Profesor serba Tahu.

Baru-baru ini, Gila-Gila nampaknya telah menerima kembali Ujang ke sidang redaksi setelah lama 'menghilangkan' diri. Malah, hampir separuh dari pelukisnya kini mengingatkan kita kepada Gila-Gila semasa zaman kegemilangannya dulu.

Kepada Gila-Gila, semoga panjang umur.

5 comments:

Anonymous said...

Saya masih simpan majalah Gila-Gila yang pertama dan kedua ( masa tu saya di darjah 5 ). Awal April lepas saya telah beli majalah Gila-Gila sempena ulang tahun ke 30 GG. Cubalah teka umur saya sekarang ! Bagi saya zaman gemilang GG ialah sekitar tahun 1985 - 1989. Boleh dikatakan juga zaman rock kapak.

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Simpannn. rare tu! kalau di US komik punya nilai estetik yang tinggi tapi bukan di Malaysia. Hamya jauhari yang mengenal manikam

Anonymous said...

Saudara syahrul...

Satu koleksi masih dalam simpanan arkib saya ialah "Ayop Anak Tulakang"

Saya membaca komik tersebut pada tahun 1993. Ketika itu saya berusia 10 tahun, darjah 4. Tanpa disedari komik hasil sentuhan NAN tersebut sedikit sebanyak membentuk minda keusahawanan dalam diri saya sejak waktu itu sehinggalah sekarang. Pada usia 10 tahun saya telah menyimpan cita-cita untuk membina empayar korporat yang besar.

Tahniah kepada NAN di atas hasil karya yang sungguh berkualiti. Komik tersebut masih tersimpan elok di rak buku di rumah saya.

Anonymous said...

And they own the latest materials for louis handbag . That is why they are so proud of their design and sales idea on their bags. Because they deserve this kind of honor. For men, there are also many kinds of louis handbags , and so on. So that is the secret of the success of vuitton bag .

123 said...

http://www.stumbled-on.com/bookmarks/coach321
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/dvd321
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/eboots4u011
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/freeboots
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/hardysed321
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/hermes123
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/links011
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/tiffanyeshop25
http://www.stumbled-on.com/bookmarks/ugg011
http://www.submitwww.com/user/page/1/history/only4handbags

ads