Bersawah padi di tengah bandar.

Kalau aku cakap rumah atok aku kat Muo ada sawah, ramai tak percaya. Ingat aku bedek? Tapi siapa yang biasa lalu Sarang Buaya tentu tahu memang ada sawah kat sana. Tapi takpa, aku tak kisah. Memang padi ni bukan tanaman yang popular kat Johor.

Tapi bila mak aku bagitau kat Ungku Mokhsen ada sawah, aku muskil. Itu banda beb, town, bukan kata padi, orang cakap ada ladang sawit pun aku susah nak percaya. Tapi betol beb, betol2 kat trafik light. Bab ni aku kene tabik kat mamat yang tanam padi tu. Gila, orang tanam sayo style fumigasi & hydroponic siap pegi khusus intensif pun belom tentu boleh berjaya macam dia ni.

Ahh, aku memang dah nekad nak jadi anak murid mamat ni. Apa barang pergi kursus MARDI!

Ulu Tiram All Star Art Showcase @ Roost



Tempat dia sempoi. Old-skool + rustic deco, macam rumah atok aku masa aku kecik2.

papan tanda


Korang brani bawak anak-anak main kat taman yang ada monyet liar?

Name Card





Aku sekarang dah ada bermacam rupa name card. Dari zaman kerja kat Panasonic Pasir Gudang hinggalah sekarang, tak pernah aku tak kena buat name card. Sampai tahap name card aku sekarang ni langsung aku tak hulur kat sesiapa pun. Malas. Tu belum name card Sireh yang bermacam rupa dan versi.

Tapi ini time, aku nekad buat name card kat oversea. Dah la mahal, kecil pulak tu. Tapi takpa. Demi projek baru ni, hal kad terkecik aku tolak tepi. Aku berkenan tenguk name card aku ada gamba-gamba famili dan anak-anak aku kat belakang. Ntah la name card aku habis ke tak kali ni. Bukan pasal malas nak hulur. Tapi sayang la pulak.

Playlist for February 2009




1. Microtrends: The Small Forces Behind Tomorrow's Big Changes by Mark Penn and E. Kinney Zalesne . Ini kene baca beb. Betol. Pinjam pustakaan ke.
2. Mars Volta @ Henry Rollins Show. Tak paham sepatah haram pun benda yang dia nyanyi. Tapi best!
3. Penguin sets series. - Terliur tenguk cover design buku-buku ni semua. Shepard Fairey vs George Orwell!
4. Moo.com - MiniCard dia cara. Korang ada Flickr? Guna gambar dari Flickr dan buat name card dengan mudah.
5. The Ting Tings. Teringat aku dekat amoi yang duduk depan aku masa sekolah rendah.

 

© 2013 Syed Syahrul. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top