Beberapa minggu lepas saya ada menulis panduan bagaimana hendak
menulis karangan Bahasa Inggeris SPM section B : Continuous Writing. Di sini
saya akan sambung apa yang saya mulakan dengan berkongsi cara menulis untuk
section A : Directed Writing
Secara amnya, Section A lebih mudah dari section B kerana ;
isi telah diberi. Anda hanya perlu pilih format karangan yang betul dan
kembaNgkan isi-isi penting yang diberi. Karangan yang baik juga perlulah
mempunyai continuity dan kesinambungan yang baik antara kesemua isi-isi
karangan tersebut
A : Preparing a draf (Menyediakan rangka karangan)
Langkah 1: Kenalpasti format karangan.
- Surat rasmi (Formal letter)
- Mesti ada alamat pengirim, penerima, tarikh, perkara, tandatangan dan nama
- Semua terletak di sebelah kanan
- Surat tidak rasmi (Informal letter)
- Mesti ada alamat pengirim dan tanda tangan pengirim
- Semua terletak di bahagian kiri
- Laporan (Report)
- Mesti ada tajuk nama penulis, pangkat, nama organisasi dan organisasi
- Tajuk digaris dan di bahagian atas sebelum isi laporan
- nama penulis, pangkat, nama organisasi dan organisasi di akhir laporan sebelah kiri
- Artikel (article)
- Seperti karangan biasa
- Ucapan (speech/talk)
- Dimulakan dengan ucap selamat (salutation) kepada hadirin, perkenalkan diri dan sebab berucap
Langkah 2: Kembangkan semua points (isi)
Untuk karangan berpandu, isi karangan telah diberi tetapi pendek sahaja dan dalam bentuk points. Anda perlu kembangankan lagi isi karangan dengan menambah beberapa perkataan atau beberapa ayat untuk setiap isi yang diberi. Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, anda harus mematuhi subject- verb agreement.
B: Start writing an essay (Mula tulis karangan)
Langkah 5 : Mula menulis karangan anda.
Pastikan karangan anda mempunyai;
- Introduction (Pendahuluan)
- Body (Isi)
- Ending (Penutup)
Bagi letter, specck/talk (ucapan) dan article (artikel) isi penting semua isi penting (5W1H) di masukkan kebahagian body
Di bahagian Introduction, anda mesti nyatakan;
- Tajuk karangan anda
- Definasi tajuk karangan anda
Di bahagian body, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya
Di bahagian ending, anda perlu membuat kesimpulan karangan anda. Ia perlulah merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.
Langkah 6: Hubungkan semua points dengan sequence connector.
Gunakan sequence connectors untuk permulaan setiap
perenggan.
- Firstly
- Next
- Later
- After that
- Finally
Langkah 7 : Periksa ejaan, jumlah perkataan dan format karangan anda.
Pastikan ia mengikut kehendak soalan.
3 comments:
You give instructions in BM to teach English???
Yup and thanks
great, thank you
Post a Comment