Kasut Plague Of Happiness


pick of the week Para peminat kugiran ska lagenda dari Pasir Gudang kini boleh bergaya sakan dengan kasut PLAGUE OF HAPPINESS keluaran CrossOver. Dengan pilihan warna yang menarik, hanya terdapat di SILVERPLANET & CROSSOVER, Johor Bahru. Bab harga, kenalah usha sendiri. Pakcik tak boleh tolong. Angsana pun lama tak jejak.

Via Pricelessstupidbox
Tags: , ,

Selamat pengantin baru kepada Din Bird


Din Bird atau nama IC nya, Hairuddin Haron akan menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hati pada 18 November ini, bertempat di Desa Perwira (depan Carrefour, JB). Satu-satunya manusia yang sanggup bersusah-payah mengambil lesen memandu Singapura hanya untuk membeli motosikal skuter Italjet Dragster second-hand. Motor ni tahap rare dan hanya boleh didapati di Singapura dengan harga sebegini gila. Mempunyai kemahiran mencetak baju & patchers menggunakan silkscreen. Berbakat juga dalam mereka & menjahit baju mahupun barangan lain seperti beg dan aksesori lain. Pernah memiliki sebuah Skuter Suzuki VS125 dan Gilera Runner yang telah disolek sehabis baik. Selamat pengantin baru! (Gamba Din dengan BUKAN bakal isteri)


Tags: , ,

Promosi Hebat Musim Raya - Mesti beli!

Berita baik kepada mereka yang masih belum memiliki naskah buku/blook Goblog atau Jongkang Jongket. Untuk masa yang terhad, pembeli kedua-dua buku tersebut berpelung memiliki juga 2 buah 'zine pro-printed, Sireh Dan Cengkeh Terpilih (dah tahap rare) dan Subciety (dari Bandung, Indonesia) secara percuma! Harga bagi setiap buku ialah RM23 trmasuk penghantaran. Promosi hebat ini terhad kepada 15 pembeli paling pantas sahaja. Untuk maklumat lanjut sila ke blog Dhani atau terus hubungi beliau di talian 019-2508857. Apa tunggu lagi? Jangan putih mata kemudian hari

Yahoo Time Capsule


For 30 days, from October 10 until November 8, Yahoo! users worldwide can contribute photos, writings, videos, audio – even drawings – to this electronic anthropology project. This is the first time that digital data will be gathered and preserved for historical purposes.

And by November 8, you will have helped create a digital legacy of our times, a mosaic of revealing snapshots that will be sealed and entrusted to Smithsonian Folkways Recordings based in Washington D.C., officially taking its place in history. Participant will be asked to help us select how Yahoo! will donate $100,000 to seven global charitable organizations.

Yahoo Timecapsule is the brainchild of a Brooklyn artist, Jonathan Harris.

Tags: yahoo, ,

Nostalgia Kaset audio analog.



Zaman sekolah-sekolah dulu, mana ada CD, kalau ada pun mahal. Mana ada duit. Kita pun bukannya suka semua lagu NKOTB (jangan cakap korang tak jaki tenguk member-member pakai fail yang dapat free kalau beli kaset original), Richard Marx dengan Gersang, jadi belilah kaset kosong. Dub lagu kegemaran dari radio atau kaset member-member yang akak atau abang dia beli. Dapatlah satu kaset kompilasi buatan sendiri. Nostalgia sungguh.

Tags: , ,

Lagendary CBGB is closing for good

pick of the week CBGB (Country, BlueGrass, and Blues) is shutting its doors after a lengthy rent dispute. Iggy Pop, Television, The Ramones, Talking Heads, Blondie, Patti Smith, and nearly every other first generation punk band graced the stage there at one time or another during its thirty-three years in existence. Taken from BoingBoing

CBGB's changed the face of rock in New York City and gave countless bands opportunities they might never have had ... to be seen and heard ... at the palace of punk," the legendary rocker Lou Reed told the Daily News. "It will be sorely missed if it does in fact go into the ether of memories


Tags: , ,

Berbelanja dengan bijak dibulan Ramadan

Alhamdullilah, dapat juga berbuka puasa bersama emak di Johor. Pasar Ramadah Kampung Melayu dan Bandar Baru Uda masih lagi yang terbaik terutama apabila detik kedatangan Syawal semakin dekat. Juadah yang dihidangkan penuh variasi. Songkok dan baju melayu berbagai rupa. Tidak lupa juga air Katira Abu Bakar, minuman kegemaran kami sekeluarga.

Pada musim perayaan sebeginilah, kita sebagai pengguna sering menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak berhati perut. Ada antara mereka meletakkan harga sesuka hati dan menjual barangan yang tidak berkualiti. Kita sebagai pengguna mempunyai kuasa untuk tidak menjadi mangsa mereka ini. Untuk menjadi pengguna bijak, kita perlu berfikir sebelum membeli sesuatu. Berikut beberapa tip berbelanja yang betul. Ia hanyalah panduan tetapi harus diingat, kuasa membeli ditanggan kita.

1. Lihat pilihan yang ada. Jangan terus beli barang yang kita berkenan. Sebaliknya bandingkan harga barang dibeberapa kedai dan pilih yang paling murah
2. Tawar-menawar. Amalan tawar menawar adalah baik dan anda mungkin akan diberi harga yang berpatutan oleh peniaga.
3. Jangan abai kualiti. Jangan hanya beli sesuatu kerana murah tetapi tidak berkualiti.
4. Beli sekadar keperluan. Jangan beli sesuatu dengan kuantiti yang banyak hanya kerana harganya yang murah tetapi tidak digunakan kemudian hari. Elakkan pembaziran, terutama dibulan Ramadan yang mulia ini.
5. Jangan berhutang. Amalkan membeli dengan wang tunai dan bukan kad kredit kerana amalan ini hanya mendatangkan mudarat.

Kepada pengguna yang merasa diri mereka tertipu atau ingin membuat adun berkenaan penyelewengan yang dilakukan peniaga, anda boleh merujuk ke :

KPDNHEP
1. Talian aduan pengguna : 1 800 886 800
2. SMS : 36663
FOMCA
2. Alamat : No. 1D-1, Bangunan SKPPK Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor
3. Telefon : 603-7876 2009
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
3. Alamat : No.70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
4. Telefon : 03-4256 6618, 03-4260 4900

Mp3 & ringtone Aidilfitri dari Jiwang Crew

Informasi terkini dari Jiwang Crew.

The 10 Latest Hari Raya Mp3 :

1 Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
2 Siti Nurhaliza - Sesuci Lembaran
3 Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf
4 Saloma - Selamat Hari Raya
5 Sharifah Aini Minal Aidil Walfaizin
6 Rafeah Buang - Selamat Hari Raya
7 Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
8 Siti Nurhaliza - Suara Takbir
9 Sudirman - Selamat Hari Raya
10 Sanisah Huri - AidilFitri

Ringtone Raya

Untuk Mendaftar, Taip ON MK dan SMS ke 33800
Untuk batal keahlian, taip STOP MK dan SMS ke 33800
To Download : Key in MK (code) and send to 33800
To Dedicate : Key in MK (code) (Friends Phone number) and send to 33800

Raya Polyphonic

No Kod Nama Lagu
1 400675304 P. Ramlee: Dendang Perantau
2 400675317 Uji Rashid: Selamat Hari Raya
3 400672836 Raihan: Allahu
4 400675265 Ahmad Jais: Selamat Hari Raya
5 400675242 Saloma: Selamat Hari Raya
6 400675819 Fazidah Joned: Selamat Hari Raya
7 400675879 Khairil Johari: Sepasang Kurung Biru
8 400675310 Sharifah Aini: Selamat Hari Raya
9 400675758 Sudirman: Bila Takbir Bergema
10 400675843 P.Ramlee: Takbir Raya
11 400675310 Sharifah Aini: Selamat Hari Raya

Raya Monotones

No  Kod Nama Lagu
1 400622768 Anuar & Elina: Suasana Di Hari Raya
2 400622757 Hari Raya: Hari Raya (1)
3 400622803 Hari Raya (Orig): Hari Raya
4 400622761 Ahmad Jais: Hari Raya
5 400622762 Ahmad Jais: Hari Raya (2)
6 400622802 Bulan Islam (Raya): Bulan Islam
7 400622809 Fazidah Joned (Raya): Aidilfitri
8 400622755 Hail Amir & Uji Rashid: Seloka Hari Raya (1)
9 400622756 Hail Amir & Uji Rashid: Seloka Hari Raya (2)
10 400622766 Junainah: Suasana Hari Raya
11 400622805 Lagu Raya: Lagu Raya

Services available to Maxis 012 017, Celcom 019 013 and Digi 016

Selamat DeepaRaya 2006

Makin terasa kehangatan (baru nak masuk separuh Ramadan daa)

Haziq dah pandai jalan.


terpenyuk, originally uploaded by Syed Syahrul Zarizi.

Selepas setahun sebulan berlalu, akhirnya Haziq berjalan jua. Setakat bertatih tu dah lama pandai tapi dia tak menyabar. Tapi masih berdukung setiap kali pergi Jusco bawah rumah. Lupa bawak kasut.

Singapura & Malaysia. Adakah kita semakin lemah?

Aku duduk johor, dekat jb. Jadi aku tahu sangat perangai orang singapore. Jiran aku pun ramai singaporean. Sedara pun ada sana. Habis keliling rumah dia tanam sayur, siap tanam pokok pisang. Ayam itik, siap. Jakun, sana duduk HDB flat, parking rumah sendiri pun kena bayar. Jangan la bual pasal tanah. Tah-tah lot tanah kubur pun kena booking awal-awal. Harga ikut market, takut nanti lambat dah up banyak. Boss aku dulu pun orang Singapore so aku masak sangat dengan perangai diaorang, kalau bab malaysia ni memang pandang sebelah mata. Kena orang melayu Malaysia, macam najis sangat. Pada sesiapa yang tak pernah masuk Singapore, cuba la masuk. Aku kalau 10 kali tu, ade la 7 kali kena 'random checking' dengan kastam dia. Kena muka macam mamat masjid sikit memang sangkut. Takda apa pun, kadang-kadang saja je tahan sampai setengah jam, tanya soalan bodoh, nak pergi mana? Ada sedara ke? Lepas tu lepaskan. Buang masa. Kalau niat nak elakkan orang 'overstay' kat sana ke, terrorist ke, bangsa lain semua malaikat ke? Yang kes tembak-tembak dekat sekolah di US, bukan omputeh? Yang heran bangsa lain lepas. Apa kes? Apasal melayu Malaysia je yang aku tenguk asik sangkut.

Korang tahu berapa kita kena bayar kalau nak masuk kereta ke Singapore? Berapa pula mereka bayar kalau masuk Malaysia? Beza gila.Tau tak berapa seksa nak dapat kerja (walaupun kerja halal ni) kalau kita orang melayu Malaysia? Bangsa lain, senang. Bangla, indon, Filipin, takda hal. Sana masjid dengan surau pun yang boleh nampak berapa ketul je. Tu pun yang dah lama terbina, yang lain bawah tanah. Azan satu pencemaran bunyi katanya. Kalau nak makan tu, sendri mau ingat lah. Food court dia, cina melayu lebih kurang. Tawakal je lah. Korang nak beli air mineral? Jawabnya korang minum air kumbahan yang telah direcycle baliklah jawabnya. New water. Macam mana hukum tu? Memang air kotor, cuma bersihkan balik? Sendri mau ingat lah.

Masa zaman gawat, Singapore izinkan Malaysia buat second link. Takda hal. Hutan, kesah apa dia. Entah berapa tiang je dia buat, kita buat berpuluh-puluh tiang. Singapore ketawa (tapi dah cuak dah ni) bila Syed Mokhtar bina Port Tanjung Pelepas dekat Gelang Patah. Nak beat Pelabuhan dia (PSA)? Dia gelak. Tahu berapa mahal dia cas air dekat port diorang kepada kapal-kapal? Sewa sejam untuk kontainer? Syed Mokhtar orang melayu yang sangat pintar. Kalau yang tak tahu dekat mana lokasi Port PTP, betul-betul bertentangan dengan PSA. Hasilnya kini, Evergreen, Maersk dan banyak lagi syarikat perkapalan gegasi dunia pindah ke PTP. PTP berkembangan hasil kecerdikkan orang melayu kita. Think out of the box. Ambil risiko. Kecut perut sampai ramai jugaklah staf PSA kena berhenti satu masa tu untuk kurangkan kos operasi. Sampai satu tahap Singapore nak beli PTP. Fakta. Jangan tak tahu.

Tahu tak kes Stesen KTM (keretapi) di Singapore? Tanah tu hak kita, sudah berzaman tapi kita dihalau mereka. Jangan tak tahu. Ada mereka nak kesian-kesian ke, kawan-kawan tak nak lawan ke? Haram. Sesiapa yang tinggal Pasir Gudang ke mesti ade ternampak kapal terbang Singapore kadang-kadang masuk ruang udara kita. Selamba aja. Najib kata takda apa-apa. Terbabas kut. Ye la tu. Tahu tak cerita Pulau Batu Putih? Jarak antara kita dengan pulau tu lebih dekat dengan Singapore ke sana. Bezanya berbelas ke berpuluh batu nautika. Singapore sampai taruk marine police dia dekat sana halang nelayan kita mengkap ikan walaupun dah bergenerasi orang kita tangkap ikan kat sana. Akhirnya kerajaan kita (dulu) pertahankan hak kita dan masuk mahkamah antarabangsa. Kerajaan Malaysia sekarang? Tah, kasi je kut. Kawan-kawan tak mau lawan. Tak baik. Ceh! Hak tetap hak!

Paling takut Singapore kalau jambatan bengkok tu dibina. Kenapa? Kerana arus air yang bebas melalui Selat Tebrau. Selat akan jadi dalam. Air mengalir dan tidak terhalang. Paling penting, kapal-kapal besar tentunya akan boleh menggunakan selat tebrau untuk ke PTP seterusnya Port Klang dan ke Pulau Pinang. Jalan Pintas, banyak masa yang dijimatkan, kerana kapal dari arah Utara kena pusing lama kalau nak ke PTP. Kena pusing Singapore. Untung banyak pelabuhan-pelabuhan kita. Rugi mereka. Kita bukan nak dengki, itu hak kita kalau nak survive. Tak salah kan? Sektor perlancongan juga akan bertambah. Oleh kerana air mengalir, selat jadi lagi bersih, makin banyak hidupan dan hasil laut. Kerana jambatan pun dah dinaik taraf, traffik akan menjadi semakin baik, orang Singapore sendiri akan makin selesa nak masuk Malaysia (macam la sekarang diorang tak masuk time weekend). Untung Malaysia. Benteng pasir yang diorang bina pun akan hanyut. Abis la usaha sia-sia mereka yang telah banyak merugikan nelayan kita, mencetekkan selat tebrau dan tak lupa pencemaran yang tak kurangnya dari Keppel. Patutkah kita bina jambatan bengkok? Patut sangat. Itu hak kita. Kita tak pernah persoalkan hak mereka, walaupun banyak menyusahkan orang kita. Kenapa nak takut dengan momokkan mereka? Yang paling heran, sikit punya backing kerajaan kita (sekarang) pada Singapore dalam kes ni? Ape hal? Mereka tak pernah nak kesian dengan kita, kutuk kita cukup-cukup, kita masih nak diam? Hak tetap hak. Kita modal beberapa juta, tapi hasinya untuk anak-anak kita nanti, tak terhingga. Jangan pikir terlalu literal. Pikir duit. Takut. Tak nak ambik risiko! Pikir biar panjang. Ye lah kan, hati orang kampong ni nak kena jaga jugak. Mana nak cekau duit ni.

Kita kena paham hidup berjiran ini sebenarnya macam-mana. Kena saling bantu-membantu. Paham memahami Satu pihak saje nak betul, nak mengalah mana boleh. Lee Kuan Yew bukan cerita baru. Tiap-tiap berapa tahun dia mesti bukak mulut, bikin isu. Hakikat, penduduk dia sendiri ramai berhijrah ke Australia, mana-mana Negara lain. Modal insan lemah, semua import. Tak percaya? Masuk causeway, tenguk sendiri, polis Singapore orang apa. Gurka la, ape la. Orang Malaysia pun boleh nak jadi polis Singapore. Apply aje. Ingat Semua tu loyal sangat ke? Semuanya duit. Kalau bab sukan lagi la lawak. Ingat orang dia sendiri suka ke semua atlet import yang dikasi taraf warganegara dan duit berguni, untuk jadi atlet Singapore? Kita pun kena berhati-hati dengan 'investment arm' mereka seperti Temasik Corp yang asik melabur untuk mengembangkan sayap dan jajahan mereka. Banyak syarikat tempatan yang mereka dah ada syer, termasuk Proton. Tenguk Thailand, bila Shin Corp dijual kepada Singapura, rakyat Thai bantah. Singapore apa kisah. Mana semangat berjiran & semangat ASEAN? Orang Malaysia pun jangan mudah lupa. Selesa. Ingat, Israel tu dulu besar mana? Sekarang? Bukan provokasi tetapi hanya menegakkan hak. Jangan sampai pengkalan askar US karang diorang bina baru kita nak bersuara. Aku makin tak paham kerajaan Malaysia.

First Muslim Female Space tourist is now back on earth

pick of the week Ms. Ansari is the first female Muslim to view the Earth from weightlessness. (Prince Sultan ibn Salman ibn 'Abd al-'Aziz Al Sa'ud of Saudi Arabia was the first Arab, the first Muslim and the first member of royalty in space on Discovery in 1986). She returned to Earth on Friday after an 11-day extra-ordinary experience. You can read more about the trip from her blog. Did she say about how to pray in space? Hmm..

Well my friends, I must admit keeping good hygiene in space is not easy! Thereis no shower or faucet with running water. Water does not “flow” here, it “floats” — which makes it a challenging act to clean yourself. So what do people do up here, specially the ones staying for six months at a time…? They improvise!There are wet towels, wet wipes and dry towels that are used for cleaning yourself. Usually each person gets a wet towel a day and couple of dry ones. Each person has a personal hygiene kit where they keep their stuff like toothbrush, shaving kit, creams , etc. I got Dice-K’s kit so it had a razor and lots of shaving cream, but no makeup

Tags: , ,

ads